Sebelum ini “Bekerja Bersama Saya, bukan kerja untuk saya“, kini “Bangkitlah Bersama Saya”. Apakah pemimpin dan ahli UMNO sedang ‘tidur’ apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengajak “Bangkitlah semua bersama-sama saya.” Rasanya bukan begitu maksud Najib. Pemimpin dan ahli bukan tidur tetapi ‘terlelap’ seketika.

Ajakan Najib bertujuan menggembalikan keyakinan dan semangat kepada ahli dan pemimpin UMNO bahawa ‘ You Can Do It’ selepas UMNO kelihatan malap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Siapa yang harus bangkit. Najib, Muhyiddin, Zahid atau pemimpin-pemimpin UMNO yang kat atas tu atau kita di bawah ini, di peringkat akar umbi yang harus bangkit.
Hakikatnya, bukan di atas, bukan di bawah tapi kita semua, ahli-ahli UMNO yang masih sayangkan parti untuk bangkit dari tidur yang agak terlena dengan kesenangan kita selama ini, hingga menyentap tidur lena pada 8 Mac tahun lalu….. namun masih ada yang masih tertidur dan terlena dengan buaian dan nyanyian lagu-lagu klasik hingga terlupa pada perjuangan yang sebenarnya.
Jangan mencari salah Pakatan Rakyat, jangan mencari cela yang ada pada mereka tetapi kita sama-sama mencari salah dan cela pada diri kita sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO untuk kebangkitan semula UMNO dengan wadah dan hala-tuju baru, dalam mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO dan Barisan Nasional.
Perhimpunan Agung UMNO (PAU)
Datang dan pergi. Adakah kedatangan kita dan kepulangan kita selepas PAU minggu lepas membawa nilai dan makna dalam diri para perwakilan, adakah dating sekadar memenuhi dan menghiasai persidangan atau mereka sebenarnya benar-benar menghayati intipati persidangan tersebut.
Sejauh manakah pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat memahami aspirasi, hasrat dan harapan murni Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya UMNO kembali bangkit menjadi parti yang kuat?
Mungkin atas sebab itulah, Najib ketika mengakhiri ucapan penggulungan, mengemukakan pertanyaan, ''Apakah tuan-tuan bersedia untuk berubah? Apakah tuan-tuan dan puan-puan bersedia untuk bekerja? Apakah tuan-tuan akan mendekati rakyat? Apakah tuan-tuan bersedia menjadi parti yang kuat? Apakah tuan-tuan bersedia berkhidmat untuk rakyat?''
Sama ada semangat perubahan yang dibangkitkan oleh Najib akan menjadi kenyataan atau tidak, ia 100% bergantung kepada sikap ahli UMNO. Di peringkat nasional, Najib dan Muhyiddin sudah menunjukkan keikhlasan untuk membuat perubahan sehingga bersedia menggerakkan pindaan perlembagaan.
Pindaan itu bertujuan memastikan UMNO tidak lagi menjadi parti elitis. Pemimpinnya tidak lagi berselindung di sebalik kuota bagi mempertahankan kedudukan dan penentuan siapa yang akan menjadi nakhoda dan anak kapal bahtera UMNO tersebut bukan terletak di tangan 2,510 perwakilan sahaja.
Pinda perlembagaan dah, hapuskan sistem kouta dah....apa lagi kita nak buat bagi memastikan UMNO terus kekal relevan sebagai parti yang mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara tanpa membelakang dan menafikan hak agama, bangsa lain untuk terus hidup bersama dalam sebuah negara yang bertuah ini.
Tepuk dada, tanyalah hati.... atau UMNO sahajakah yang harus berubah?

9:44 AM
Salam.Yang tak sedapnya wanita dan puteri Umno terlalu bersikap "elit",seolah2 mereka tunjang kepada umno.saya memang menyokong umno tapi tang wanita dan puteri umno ini yang selalu menjengkelkan...berlagak tapi sebenarnya tin kosong.merekalah liabiliti sebenar..lihat saja cara makeup dan penampilan.anyway semuga umno terus berubah
9:11 AM
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan.
Dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan.
Dari membiarkan bangsaku dihina....
dipersenda...
mca beropera? melayu perlu
melihatnya sebagai apa?
11:54 AM
Only a pure moron will think that PR government can win the BN government in terms of corruption and abusing power.
A brainless guy is not even a wakil rakyat but now he is suddenly become the (shameless) speaker.
Hello Ganesan, tell me face to face, how low can you go?
11:56 AM
1. How can it be legal when the three frogs pre signed resignation?
2. How can it be legal when they allow the police go into the assembly?
3. How can it be legal when they forcefully remove the Speaker using the police?
12:04 PM
Grabbing Perak by corruption and deceit and holding on to the state by using the police and controversial decision from Umno courts - show the thuggish behaviour of Umno. Dragging the legal speaker out of his chair was the despicable act of a morally bankrupt government. BN is morally unfit to govern Malaysia.