Assalammualaikum....
Apa khabar semua pembaca blog Sahabat-Gunung. Sejak akhir-akhirnya, susah sangat nak update blog.... bukannya apa, susah sangat nak aksess blog sendiri.
Sepanjang masa ini juga, banyak peristiwa penting berlaku dalam perjalanan aku. Bermula hari raya, aku dah susah nak update. Beraya bersama family mentua di Singapura, banyak yang aku belajar sepanjang hari raya ini.
Balik beraya, aku terpaksa bersama pejuang-pejuang BN dan UMNO untuk menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang. Alhamdulillah, BN menang namun masih ada yang aku kesalkan.... inilah satu-satunya PRK yang aku pergi, suasana tegang setiap masa.
Memang aku penyokong UMNO, tapi dalam masa yang sama aku tak suka bergaduh dengan penyokong-penyokong PAS ini. Sebagaimana yang berlaku di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai dan Permatang Pasir.... semuanya berjalan dengan baik, cuma tegang pada akhir-akhir kempen, tidak seperti di Bagan Pinang.
Mungkin terdesak untuk merampas kerusi Bagan Pinang, penyokong-penyokong PAS mengunakan provokasi melampau-melampau untuk mengeruhkan suasana dan menimbulkan suasana tegang agar pengundi Bagan Pinang takut untuk keluar mengundi.... Mungkinkah?
Dan 11/10 lalu, aku juga menerima amanah dan tanggungjawab baru... memimpin GPMS Negeri Selangor bersama kepimpinan baru... Insya-Allah, aku yakin dengan kepimpinan baru ditambah dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan kepimpinan lama.... GPMS Selangor mampu meneruskan perjuangan Allahyarham Aminuddin Baki bahawa GPMS wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar dari segenap lapisan.
12-16 Oktober: Perhimpunan Agung UMNO yang membawa nafas baru diketuai Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tak perlu aku huraikan perjalanan PAU tahun ini, Cuma harapan dan impian agar perwalikan UMNO tahun ini akan membawa balik obor perjuangan yang dinyalakan di Dewan Merdeka PWTC untuk dinyalakan pula di kawasan masing-masing, bukannya terpadam di tengah jalan.

0 Komen
Post a Comment