Apa sebenarnya motif ‘puak-puak’ yang semakin kurang ajar sejak kebelakangan ini? Terkini, Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama awal pagi tadi.
Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.
Siapa dalang sebenar provokasi jahat ini. Aku yakin dan amat percaya ada pihak ketiga yang cuba menanguk di air keroh dengan cuba memainkan sentimen perkauman, dan agama menjadi alat dalam menjayakan agenda jahat pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini.
Pada pandangan peribadi aku, merupakan tindakan niat jahat ‘puak-puak tertentu’ yang semata-mata untuk menimbulkan ketidakpuasan hati, perasaan syak wasangka dan suasana tidak aman di dalam masyarakat, yang mungkin ditimbulkan oleh pihak ke3 yang mahu merosakkan Gagasan 1Malaysia yang dicetus oleh YAB Perdana Menteri.
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
11:37 AM
ni mesti kes orang nak lagakan sesam kaum... kat situkan antara hotspot... tapi sebenarnya.... aku rasa bukan penduduk situ yang buat hal... confim org luar... pasal aku orang kat situ... mana ada diskriminasi puak kat situ... mesti ada TALI BARUT yang memainkan api kemarahan antara kaum... boleh teka laa saper....
9:11 AM
sayangnegaraku.blogspot.com
11:53 PM
betul kata bagio..Ni adalah org yg dibyr wat gtu.