DARI PERMATANG PAUH KE PUTRAJAYA

Teringat plak aku pada kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008 yang mana mantan Timbalan Perdana Menteri/ Timbalan Presiden UMNO yang kini dah jadi petualang …..siapa lagi kalau bukan DS Anwar Ibrahim. Ketika itu, sibuk dengan kempen perjalanan ke Putrajaya atau ‘Dari Permatang Pauh Ke Putrajaya’.

Dari peristiwa 16 Mei sampailah ke takde peristiwa. Dari katak-katak BN melompat ke PKR untuk menjayakan misi 16 September hinggalah kepada misi terbaik, katak-katak PKR plak yang melompat satu persatu, ada yang tersedar dan kembali kepada BN malah ramai juga yang masih mahu berasa ’Bebas’ tanpa terikat dengan mana-mana parti.

Apa yang aku nak perkatakan sekarang, moto `Dari Pematang Pauh Ke Putrajaya’ memang satu slogan, kalau nak katakan slogan, kalau nak katakan misi....misi ini bakal menjadi kenyataan dan kalau kata nak jadikan impian, Insya-Allah Datuk Seri Anwar Ibrahim confirm akan ke Putrajaya.

Anwar memang hebat, mantap dan berwibawa.... Tidak hairanlah kalau perjalanannya ke Putrajaya akan berjalan dengan lancar selepas ini. Perjalanan ke Mahkamah Tinggi Putrajaya pasti akan menjadi kenyataan. Keadilan bagi Shaiful perlu ditegakkan, perlu diperjuangkan demi masa depan dan maruah Shaiful, mangsa kehebatan, kemantapan dan kewibawan Datuk Seri Anwar Ibrahim.....

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    4:23 PM

    dari permatang pauh ke penjara pudu..hahaha..

  2. Anonymous
    6:51 PM

    penjara pudu dah tak ada lagi bro...dah lama tutup! kita tukar dari permatang pauh ke sungai buluh!!

  3. Termakbul juga akhirnya dgn bantuan doa murSHITdol PAS

Post a Comment