BUANG BAYI- Jangan `sub-con’ tanggungjawab keluarga

Menunjukkan kita simpati dan kita prihatin tidak mencukupi sebaliknya semua pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya ibu bapa sendiri harus menangani isu pembuangan bayi secara bersepadu dan berterusan.

Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, Pemuda UMNO memandang serius gelaja itu dan bersedia bekerjasama untuk menyelesaikannya. Kita patut lakukan ini secara berterusan bagi memastikan fenomena pembuangan bayi tidak berulang.

“Semua orang merasa sangat sedih dengan gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi. Tentunya sebagai seorang bapa, naluri ini hadir dengan jujur dan ikhlas. Geram dan sedih bertali arus, apatah lagi mengenangkan ada beberapa rakan yang gagal mendapatkan zuriat walau pun telah lama berkahwin.

Semenjak kecil isu ini pernah terdengar, bayi yang baru lahir ditinggalkan di beranda rumah, bayi yang tidak diambil dirumah pengasuh, meminta jiran menjaga bayi sebentar sementara ingin ke pasar yang akhirnya terus ditinggalkan, adalah sebahagian siri-siri ibu bapa yang meninggalkan bayi. Bezanya, mereka mahu bayi itu terus hidup dan tidak dibunuh,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online bagi mengulas isu pembuangan bayi yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Tambahnya, sebab itu Islam tidak boleh dihayati dengan jenama semata-mata, ia perlu lahir dari hati. Negeri yang dilabel dengan Serambi Mekah juga kuat dengan budaya buang bayi. Masyarakat bukan sekadar pucuknya yang mati namun akarnya yang mati terlebih dahulu.

“Menuding jari itu mudah, lebih mudah menyalahkan. Masyarakat harus bertindak. Keluarga mesti ambil tahu apa yang berlaku dalam isi rumah. Ibu bapa telefon anak, bertanya khabar dan ingatkan tentang gejala ini. Abang, kakak hubungi adik. Mengandung bukan sedetik – sembilan bulan satu tempoh yang panjang, tentunya ada perubahan fizikal. Jangan sub-con tanggungjawab keluarga pada orang lain.

Gadis terlanjur mesti didekati, malu termengandung adalah salah pasangan, bayi dalam kandungan tidak bersalah. Jangan panik jika terlanjur, berbincang. Kesalahan berzina jangan ditambah dengan membunuh. Kita mesti membantu mereka yang terlanjur.Tiada siapa yang hidup mahukan kehidupan mereka sedemikian rupa. Peluang kedua mesti diberi,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Sungai Besar akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kanselor Daerah, Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah dan Rumah Perlindungan Wanita Sabak Bernam untuk melancarkan satu kempen yang bertujuan untuk membantu gadis-gadis yang terlanjur dan termegandung dengan harapan, anak yang tidak bersalah ini dapat diselamatkan dan gadis yang menjadi mangsa ini tidak melakukan kesilapan kedua dengan membuang atau membunuh anak-anak tersebut.

”Kita yakin, gadis-gadis yang telah terlanjur dan termegandung ini tidak tahu nak buat apa, tidak ada panduan dan sokongan, maka tindakan terdesak dan mudah bagi mereka adalah membuang dan `membunuh dengan tidak sengaja’ bayi yang dikandung mereka. Oleh itu, harapan kita agar kempen yang akan diadakan ini dapat membantu mereka menghadapi keadaan mereka dengan lebih matang,” ujarnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Cadangan:
    Sekiranya pesalah tersebut adalah remaja, hukuman haruslah melibatkan IBUBAPA kepada kedua-dua remaja tersebut.

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Menantu Hantu - Edisi Khas di Tendang Terajang

Post a Comment