MANA KUALITI AHLI MAJLIS PBT SELANGOR?

Pergerakan Pemuda UMNO Selangor kecewa dengan laporan media mengenai seorang ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ditahan bersama-sama tiga lelaki lain ekoran terbabit dalam satu pergaduhan hingga menyebabkan mangsa, seorang lelaki hampir putus telinga dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah restoran di Kuala Ampang.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata, Pemuda UMNO melihat perkara ini sebagai satu perkara yang memalukan memandangkan orang yang diberi kepercayaan sebagai pembela masyarakat rupanya pembelot dan samseng dalam masyarakat itu sendiri.

”Adakah ini kualiti ahli majlis yang dilahirkan oleh mereka, selamatkah Selangor dengan kepimpinan yang dilahirkan oleh pakatan rakyat dengan mutu ahli majlis seperti ini?

Lebih malang bagi rakyat Selangor sekiranya kepimpinan serta pentadbiran PBT ini diduduki oleh mereka yang rendah nilai moralnya sedangkan rakyat mengharapkan khidmat mereka untuk memajukan masyarakat apa lagi untuk rakyat meletakkan sandaran sebagai pembela kepada permasalahan rakyat,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Ampang.

Tambahnya, semasa tangkapan, polis turut merampas sebilah parang yang terletak di tempat duduk belakang kenderaan suspek.

”Terlalu sukar untuk kita terima hakikat bahawa kita memiliki seseorang ahli majlis yang bersikap ’gangster”. Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Selangor mendesak kepimpinan kerajaan negeri mengambil tindakan drastik bagi menangani isu ini dengan sebaiknya,”.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Salam..Banyak sanagt kisah tentang ahli majlis Selangor..Itulah orang baru dapat kerusi empok rasa macam dah besar sangat..mulalah tunjuk taring...tak tau taring tu dah nak reput....

  2. Kualiti samseng, ketua gengster, kongsi gelap dan mafia..... kalau tak masakan Dr Hasan Ali yang membantah penjualan arak kena ambil tindakan tatatertib....

Post a Comment