TUMPAT, 5 Ogos – Imam Muda Masjid As-Somadi, Getting, Rosli Abdul Latif, 31, melahirkan rasa kecewa terhadap Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan yang mengutamakan politik kepartian daripada kepentingan agama.
Menurut beliau, pemulauan terhadap beliau bermula apabila bapa mertuanya yang juga pengasas Pondok Getting, Abdullah Sa’amah menaiki pentas UMNO atas dasar perpaduan dan kerap mengkritik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut beliau, perlantikannya sebagai imam muda masjid Geting adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam kelantan (MAIK) dan sehingga hari ini beliau masih belum menerima apa-apa surat daripada pihak Jabatan Agama Islam Kelantan.
“AJK masjid seolah-olah lebih sudu daripada kuah. Saya kata begitu kerana sungguhpun bapa mertua saya sering mengkritik Nik Aziz dan sebagainya, saya langsung tidak masuk campur. Malah sebarang ceramah baik ceramah bapa mertua saya, ceramah Pas dan ceramah UMNO saya tidak pernah hadir.
“Saya tidak pernah menzahirkan kecenderungan terhadap mana-mana parti politik. Ini kerana saya tahu tanggungjawab saya adalah imam. Perkara itu adalah di dalam hati kecil saya dan Allah S.W.T. sahaja yang tahu,” katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.
Sebelum ini, bapa mertuanya, Abdullah Sa’amah yang juga pengasas Pondok Geting kerap mengkritik Nik Abdul Aziz kerana berpendapat Mursyidul Am Pas itu telah mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam seperti tidak menggalakkan sambutan Maulidur Rasul dan mengatakan Allah pun mencarut.
Malah terbaru, Abdullah meminta Nik Abdul Aziz membuang sikap ego dan menerima cadangan perpaduan dengan UMNO demi kepentingan umat Islam.
Rosli seterusnya menambah, berikutan kritikan itu setiap kali beliau mengimamkan solat, ada antara makmum melakukan solat berjemaah dengan imam yang lain secara berasingan di belakang.
“Disebabkan timbul isu setiap kali saya jadi imam, maka satu mesyuarat dipanggil oleh jawatankuasa masjid, yang mana mereka menyatakan anak makmum tidak berkenan saya jadi imam, jadi untuk menjaga keharmonian, saya tidak dibenarkan menjadi imam.
“Jadi saya hari ini sekadar pergi menunaikan solat jemaah di Masjid Geting dan bukan lagi menjadi imam atau khatib Jumaat sungguhpun saya dilantik oleh MAIK. Justeru saya amat berharap Nik Aziz dapat menasihati para penyokongnya agar politik kepartian tidak memecahbelahkan umat Islam,” katanya.
Beliau seterusnya memaklumkan, pelbagai tuduhan dan penghinaan dilemparkan terhadap beliau sehingga ada yang tergamak mengatakannya mengasingkan politik dengan agama.
“Golongan ini tuduh saya macam-macam. Soal pulau di masjid satu hal. Tuduh pula saya berpolitik UMNO dan sebagainya sedangkan saya tetap dengan Islam dan saya tahu membezakan yang mana agama dan yang mana bukan agama.
“Saya belajar pondok sejak berumur 12 tahun sehingga sekarang. Jadi saya amat berharap Nik Aziz dapat melihat perkara ini dengan teliti supaya tidak berlaku perpecahan di kalangan umat Islam terutama di Getting ini ,” katanya. -MediaUMNO


6:06 PM
salam...
syabas bro atas video ini...kawe pinjam siar di blog ye.
tq.
bila boleh jumpa ? minum2 air hehe
10:30 PM
Bro, takde masalah.....
10:32 PM
Bro Panglima, mohon promote juga video-video lain yang diterbitkan UMNO-Online dan MediaUMNO.
Kerjasama yang diberikan, amat dihargai.
10:18 PM
INILAH MALAPETAKA, INILAH MUSIBAH,INILAH KECELAKAAN DAN INILAH BALA YANG DIDATANGKAN OLEH SI WALI SELIPAR (WALI TERMULIA DAN TERSOHOR DI ALAM MAYA @ NIK AZIZ)DIA NI MANUSIA YANG HAMPIR SEMPURNA SERTA HAMPIR MAKSUM MENGIKUT KACAMATA DAN MATA HATI PENGANUT TEGAR PAS, DIA LAH SEGALANYA TIADA MANUSIA SESEMPURNA NIK AZIZ SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMMAD (S.A.W.)HATTA ULAMA TERSOHOR DUNIA YAKNI YUSSOF AL QARDAWI.NIK AZIZ TIDAK BOLEH DISENTUH DAN DISANGGAH KALAU DISANGGAH PASTI MENGUNDANG PEMULAUAN DARI PENGIKUT PAS YANG DILEMBUKAN SERTA DIKELDAIKAN.TELAH BANYAK PERPECAHAN DAN KEKELIRUAN UMMAH YANG DIBAWA OLEH SEORANG MAKHLUK CIPTAAN ALLAH BERNAMA NIK ABDUL AZIZ..DI MATA BELIAU PENUH API DAN KEBENCIAN,TIADA NUR PENYEJUK HATI DARI REDUP WAJAHNYA,WAJAHNYA BENGIS,KASAR SERTA HILANGNYA SERI SEBAGAI ULAMA,TIADA KEINDAHAN AKHLAK DAN BUDI YANG DAPAT DITIRU DAN DIAMBIL OLEH INSAN MUSLIM DARI MANUSIA BERNAMA NIK AZIZ.....NAMUN BEGITU PENGANUT PAS MENDEWAKAN BELIAU MELEBEHI SEGALANYA DIMUKA BUMI INI....SEDARLAH WAHAI MAKHLUK PAS..NIK AJIS BUKANLAH SEGALANYA.....DIA HANYA MANUSIA BIASA YANG MEMPERGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DAN POLITIK.....ITU SAJA.....