Jangan Biar Penghinaan, ‘Pencerobohan’ Ke Atas Umat Islam – Raja Nazrin

IPOH 30 Ogos – Penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam hari ini, bermula dari pemesongan di kalangan pemimpin sehingga pemimpin reda membuka laluan membolehkan yang bukan Islam melakukan pencerobohan terhadap bumi serta umat Islam.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil, mungkin bermula dari sebuah surau, madrasah, masjid atau mimbar.

Titah baginda, pencerobohan itu itu juga boleh bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau satu doa.

“Ia bermula daripada pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, umat Islam sebenarnya memberikan petanda yang salah.

“Petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam,” titah baginda di sini, petang ini.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    9:23 PM

    Aku dan rakan2 tunggu lampu hijau je , kalau ada arahan kata GO ...serbu cantas dan tebas !!

    sabar melayu ada hadnya !

Post a Comment