TABUNG IMPIAN RAKYAT – menyuburkan kronisme, membiayai fitnah dan menghalalkan penyalahgunaan wang rakyat

Pelancaran Tabung Impian Rakyat (TIRAM) baru-baru ini adalah satu perkara yang amat mendukacitakan di dalam sejarah politik Malaysia. Rasanya belum pernah ada mana-mana ahli politik yang terang-terang merayu kepada rakyat jelata seluruh Malaysia untuk menyumbang untuk kepentingan peribadinya. Belum pernah mana-mana orang cuba menyamun duit rakyat secara terang-terangan untuk tujuan politik semata-mata.

Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor- Muda (KPPMS Muda), Azwan Mat Yassir berkata, tabung TIRAM ini dengan jelas membiayai kepentingan politik Husam semata-mata. Mungkin terlampau taksub dengan kuasa hingga tak nampak apa yang dibuatnya ini sangat serupa dengan `fund raising’ oleh ahli politik di Amerika yang selalunya dibiayai oleh puak-puak Yahudi berkepentingan.

Penubuhan TIRAM ini amat kabur dan tidak jelas, atau sengaja dikaburkan? Husam mengumumkan untuk mengumpul RM20juta dari hasil jerih rakyat, tetapi tidak pula diberitahu bagaimana dia hendak membelanjakannya dan juga pecahan perbelanjaannya.

“Mungkin ke Husam akan menyumbang ratusan ribu untuk usaha demokrasi? Atau guna untuk kepentingan politik sahaja? Maklumlah, pemilihan PAS dah dekat, kena ada war-chest untuk beli undi PAS kerana dia tahu dia ada ramai musuh dalam PAS,

Tabung TIRAM ini didaftarkan dibawah mana? Apa strukturnya dan siapa yang beri kebenaran untuk mengutip dana? Apa bentuk sebenar dana ini? Cukup ke RM20juta saja? Kata nak menegakkan demokrasi, tapi siap ada selit untuk ke Putrajaya sekali, mahal sangat ke tambang pergi Putrajaya sampai perlu RM20juta?” ujarnya ketika mengulas pelancaran Tabung TIRAM di Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, dalam semua struktur pengurusan dana, pasti akan terdapat sistem khusus bagi merekod penerimaan sumbangan dan perbelanjaan. Jadi kita harus diberitahu tentang system tersebut supaya tiada ruang untuk dana tersebut disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Dalam masa yang sama, para penyumbang juga mempunyai hak untuk bertanya siapa yang dipertanggungjawabkan untuk mengaudit kesemua perbelanjaan tersebut. Kita mahu melihat kesemua urusan kewangan itu dilaksanakan dengan telus oleh orang yang berkelayakan dan diiktiraf.

“Memandangkan duit yang dikutip adalah duit rakyat, maka perlu ada tatacara yang jelas supaya rakyat dapat menilai dengan telus bagaimana duit mereka dibelanjakan, dan mereka juga mempunyai hak dari sudut undang-undang untuk menuntut keadilan sekiranya terdapat salah urus atau salahtadbir dalam TIRAM”

Bagaimana jika ia dibelanjakan kearah yang haram atau makruh? Apa hukum dari sudut Islam jika ia dibelanjakan ke arah yang Haram, adakah penderma akan terpalit sama dengan dosa?

“Selepas ini, siapa-siapa yang nak projek dari PAS sumbanglah ke Tabung TIRAM, bila Husam dah menang nanti tunjuk resit dan mintalah projek. Maka selepas ini akan berduyun-duyunlah orang akan menyumbang pada TIRAM, sumbang RM1 pun dah boleh minta projek dari Husam,

Inilah sebenarnya yang berlaku dalam fund-raising di Amerika, dan inilah yang berlaku pada Anwar Ibrahim, pihak berkepentingan (Yahudi) menyumbang pada calon mereka untuk dijadikan kuda bila mereka menang nanti. Maka Husam akan terikat dengan kepentingan peribadi ini dan tidak dapat lagi berkhidmat dengan adil, kerana sibuk nak jaga hati orang yang menyumbang pada `Tabung Politik’nya,” tambahnya lagi

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

9 Komen

  1. Anonymous
    11:40 AM

    Salam

    Yang Hang dok dengki pasal tabung TIRAM pasai apa. ikut suka hati mak bapa depalah itu duit depa. Depa yang nak peduli apa .

  2. Yang Hang sibuk dengan kenyataan aku dalam bloh nie suka hati akulah....yang hang sibuk buat apa plak?

  3. Bro SG,
    hang ada tanya mana nak dapat produk tulen ECPI dalam shout-box ecpi.my?

    Emel aku bingaiku@gmail

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    1. Telco & Post - Program Tipu?
    2. Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit

  4. Anonymous
    3:26 PM

    Anon 11:40,

    Yang hang sibuk komen tak tentu pasal buat apa. Suka hatilah nak tulis apa pun. Hang kalau tak suka buka blog sendiri. Tok sah nak sibuk-sibuk kat blog orang lain. Tabung TIRAM- Tabung TIpu RAkyat Malaysia.

  5. Anonymous
    9:45 PM

    Yang korang sibuk2 dgn TIRAM buat pe, semuanya tipu belaka....apa kata ko menabung sendiri utk masa hadapan lagi baik.

  6. Salam Perjuangan,

    Sahabat, saya adalah KALAM TIMUR yang mana blog KT telah disabotaj oleh penyangak2 fuckatan.

    Perjuangan Kalam Timur disambung oleh blog baru:

    http://gerakantimur.blogspot.com

    Mohon sahabat link kan blog sahabat. Saya sudahpun link n follow blog sahabat.

    Ayuh!!! kita humban fuckatan haram ke lubang jamban!!!

  7. Terima kasih kerana mendaftar sebagaii "Followers" di Blog Tendang Terajang. Blog anda telah tersenarai di ruangan Blog Followers 2 saya dan diharap anda jua melakukan pautan yang sama di blog anda.

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Telco & Post - Program Tipu?

  8. Anonymous
    10:20 AM

    Salam

    Marah Nampak Tuan Tanah Blog ni, itu baru kawe tulis sikit aje, macam mana nak nakjadi pembangkang yang prihatin dan berubah serta sedar tentang inspirasi dan kehendak rakyat yang terkini. Jangan haraplah UMNOBN nak rampas balik dari PR silap hari bulan Putrajaya PR Tawan. Ha Ha Ha.

    Oleh itu jadilah Blogger yang boleh terima kritikan dan teguran demi kebaikan bersama.

  9. Tak marah tapi jangan jadi bacul komen tanpa bernama.....

    Itu semua ketentuan Ilahi, kalau PR berjaya tawan Putrajaya sekalipun, itu semua ketentuan Allah.

    Takpelah bro.... suka hati awaklah, kalau sudi gunakanlah identiti sendiri bukan berlindung di balik nama Anonymous

Post a Comment