UMNO bertanggungjawab pertingkatkan perpaduan umat Islam

UMNO tidak pernah memporak-perandakan institusi surau dan masjid sebaliknya bertanggungjawab meningkatkan perpaduan umat Islam, jelas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, selain mengimarakan peranan surau dan masjid UMNO juga bertanggungjawab menggerakan pelbagai kegiatan amal supaya mafaatnya dapat dinikmati seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan fahaman poklitik.

“Justeru itu, perbezaan anutan politik sewajarnya diketepikan demi kepentingan orang Melayu dan masa depan umat Islam,” tegasnya ketika berucap di majlis penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan 2010/1431H anjuran Biro Agama Bahagian Cheras, di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras,semalam.

Beliau menolak tuduhan dilemparkan pihak tertentu yang mendakwa UMNO telah memperguanakan surau dan masjid bagi tujuan politik.

“Tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali kerana UMNO tidak pernah mencampur-adukkan kepentingan politik sebaliknya berusaha memainkan peranan meninggikan syiar Islam dan kepentingan umat,” tegasnya.

Syed Ali mengingatkan, surau dan masjid merupakan isntitusi mulia tempat umat umat Islam mengadakan musyarah dan meningkatkan hubungan silaturahim terutama di sepanjang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Beliau tutrut menjelaskan, walaupun pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyalurkan sumbangan, tetapi UMNO juga perlu berperanan dalam melakukan kerja-kerja amal.

“Oleh sebab itu, UMNO Bahagian Cheras tetap meneruskan sumbangan Ramadhan sebagai acara tradisi yang sudah dilakukan sejak 14 tahun lalu membabitkan surau dan masjid sekitar Cheras,” tegasnya.

Katanya, sumbangan tersebut bagi membolehkan surau dan masjid menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan di sepajang buan Ramadhan.

Pada majlis tersebut, Syed Ali menyampaikan sumbangan RM3000 kepada lima buah masjid dan surau betraraf Jumaat dan RM2000 kepada 18 buah surau yang masing-msing di terima oleh pengerusi dan wakil terbabit.

Selain wang tunai, setiap masjid dan surau juga turut menerima sumbangan dalam bentuk keperluan harian seperti kurma, gula, kopi dan susu.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor, Naib Kletua UMNO Bahagian, Datuk Haji Md. Nasir Ghani, Naib ketua Wanita UMNO Bahagian, Puan Hajah Zurainah Musa, Ketua Pemuda dan Puteri, Tuan Haji Syed Mehdhar Syed Abdullah dan Puan Zarina Sharif serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahjagian.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment