Wan Azizah Digesa Perjelas Keistimewaan Azmin Di Mata Anwar

UMNO Online: Berita Eksklusif

KUALA LUMPUR– Sudah tiba masanya Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tampil ke hadapan rakyat terutama ahli-ahli PKR untuk menjelaskan perkara yang sebenar-benarnya siapa Naib Presiden parti itu, Azmin Ali yang begitu diberi keistimewaan oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan Selangor, Wan Indera Putra Wan Ahmad, berkata sampai bila Wan Azizah mahu menanggung sengsara untuk menanggung perkara yang beliau sembunyikan selama ini.

“Kalau Wan Azizah seorang ibu yang baik dan percaya kepada syurga dan neraka berkatalah benar dari hati kecilnya kenapa Azmin terlalu istimewa kepada suaminya, Anwar.

“Ini sudah lama diperkatakan bukan saja rakyat malah di kalangan ahli PKR sendiri. Terlalu banyak spekulasi….. hanya Wan Azizah yang mampu menamatkan pelbagai spekulasi itu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang meminta Wan Azizah menjelaskan bentuk hubungan istimewa yang terjalin antara Naib Presiden PKR tersebut dengan suaminya, sehingga ketua pembangkang itu sanggup melebihkan Azmin dalam apa jua keadaan.

“Wan Azizah perlu tampil menjelaskan semua dakwaan ini dan bukannya mengambil sikap membisu. Ini kerana isu yang mengatakan beliau seorang boneka sudah menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat dan juga penyokong PKR.

“Selaku Presiden, Wan Azizah perlu menjelaskan apakah bentuk hubungan istimewa yang terjalin antara Anwar dengan Azmin sehingga beliau sendiri kelihatan dipinggirkan oleh suaminya,” kata Anuar Shaari.

Wan Indera yang juga Aktivis Masyarakat Selangor seterusnya, berkata Wan Azizah tidak sepatutnya membiarkan orang ramai memikul beban dosa akibat pelbagai tohmahan yang mengaitkan hubungan istimewa antara Anwar dan Azmin ini.

“Sedangkan kalau dalam satu keluarga bila ayah terlalu lebihkan anak dari isterinya pun membuatkan seorang isteri itu terasa ini pula bila seorang suami melebihkan seorang lelaki yang tiada kena mengena dengannya berbanding isterinya sendiri.

“Apakah ini tidak menimbulkan satu persoalan yang besar di mata masyarakat?” soalnya. -Al-Kamarol/MediaUMNO
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. IF YOU WANTS TO BE MY LOVER YOU GET TO BE MY FRIEND, AZMIN TAK SANGUP BERI BUNTUT DIA JADI DIA SEDEKAH YANG LAIN KAT RAJA LIWAT.

Post a Comment