Anwar Boleh Jual Temberang, Belum Tentu Rakyat Percaya

“Anwar boleh jual berapa banyak temberang yang dia mahu tapi belum tentu rakyat boleh percaya”, demikian menurut pandangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir.

Tegasnya taktik jual janji dan jual temberang ini bukan perkara baru malah satu dunia pernah ditipu kononnya pakatan pembangkang akan mengambilalih pentadbiran negara pada 16 September 2008.

“Kita tak terkejut dengan janji terbaru Ketua Pembangkang, dia boleh janji lebih pada itu…bulan dan bintang…..apa sangat dengan janji pendapatan setiap isi rumah RM4,000?

“Isu sekarang adalah apakah rakyat boleh percaya, kita masih lagi ingat pada tahun 2008 bukan setakat di Malaysia sahaja yang ditipunya, malah satu dunia ditipunya konon dia akan mengambilalih pentadbiran negara pada 16 September 2008. Sekarang telah terbukti semuanya bohong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas janji terbaru pakatan pembangkang menerusi Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana setiap isi rumah akan menikmati pendapatan RM4,000 dalam tempoh lima tahun apabila pakatan dapat mengambilalih pentadbiran kerajaan pusat.

Sambil menyifatkan janji tersebut sebagai umpan kosong, beliau seterusnya berkata rakyat tidak akan mudah terpedaya seperti pilihan raya umum lalu.

“Mereka masih lagi gagal untuk menjayakan manifesto mereka pada pilihan raya umum lalu. Taktik membohong, fitnah dan janji kosong ini tidak akan berjaya kali ini.

“Rakyat tidak mungkin tertipu lagi”, ujarnya. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment