16 Sep- Genap 2 Tahun Anwar Jadi ‘Presiden Republik Malaysia’?

Hari nie, genaplah 2 tahun impian Anwar Ibrahim nak jadi Presiden Republik Malaysia. Selepas menang PRK Parlimen Permatang Pauh, 25 Ogos 2008, impian dan hala tuju pertamanya ialah 16 Sep- Road To Putrajaya.

Kini, selepas dua tahun, impian jahat Anwar hanya tinggal harapan. Berapa ramai penyokong-penyokongnya yang tertipu, namun sehingga ke hari ini masih rela ditipu seorang insane bernama Anwar Ibrahim.

Masih ada yang mengatakan, tarikh 16 September tu tak dinyatakan tahun bila. Bila-bila pun boleh. Lantak koranglah, aku malas nak fikir bekas pemimpin yang pernah aku sanjung juga dulu.

Persoalannya, adakah impian Anwar itu hanya tinggal impian kalau UMNO dan BN tidak terus bekerja keras untuk memenangi semula hati rakyat. Adakah BN dan UMNO selesa dengan keadaan sekarang, kalau benar pun BN selesa dengan keadaan sekarang, dan kalau terus menang dalam PRU akan dating, bukan kerana BN kuat tetapi disebabkan pembangkang PKR-DAP-PAS yang tidak kuat.

Oleh itu, aku nak sangat tengok BN dan UMNO menang sebab kekuatan BN itu sendiri, bukannya kerana kelemahan pembangkang. Fikir-fikirkanlah …..

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment