Wanita BN membuat ketetapan bersepakat MENOLAK cadangan Pas agar UMNO dan Barisan Nasional berkompromi dengan tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas.
Ketuanya, YB Datuk Seri Senator Shahrizat Abd Jalil berkata, cadangan Pas itu adalah satu helah untuk menutup kelemahan Pas di Kelantan, khususnya di DUN Galas
“Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Ketua Wanita Parti Komponen Barisan Nasional dan wakil-wakil. Wanita BN menyuarakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Galas, pengundi di DUN Galas akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional,” , ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Wanita BN hari ini di Pejabat Wanita BN.
Tambahnya, jentera Wanita BN sudah bersiap sedia dan menunggu tarikh pengumuman Pilihan Raya Kecil DUN Galas.
“Selepas pengumuman SPR, kita akan mengerakkan jentera dan melipatgandakan aktiviti dan gerak kerja mendekati rakyat terutamanya pengundi wanita yang dianggap penentu kemenangan BN di Galas nanti,”.
Sebelum ini, PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

9:55 PM
Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..
Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.
Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.
Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.
Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.
Cepat sebelum tawaran ini habis..
- Anak jati Kelate di perantauan
10:06 PM