DUIT JUDI DIGUNA BASMI KEMISKINAN DI PULAU PINANG?

Benarkah duit judi dijadikan dana bagi membasmi kemiskinan di Pulau Pinang? Pendedahan Pemuda UMNO mengenai hal tersebut semalam, mendakwa sepucuk surat sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau menerima sepucuk surat yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.

“Surat tersebut dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Surat tersebut bertarikh 9 Julai 2010, dan ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri,” mengulas pendedahannya di Kepala Batas semalam.

Tambahnya, pendedahan ini dibuat bagi membuktikan pembohongan yang dibuat oleh beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini, kononnya pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian.

Sehubungan dengan itu, beliau mencabar kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung surat tersebut, memandangkan sebelum ini kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermati-matian menafikan pernah menerima duit hasil perjudian untuk membiayai program mereka.

“Sebelum ini, kita desak kerajaan negeri beri penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog, Pisau.net bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian. Namun Guan Eng menafikan dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa wang kerajaan negeri yang dinikmati adalah hasil penjimatan melalui prinsip ketelusan yang diamalkan pentadbirannya selama ini.

Kali ini kita minta Guan Eng jelaskan pula pendedahan surat ini, namun kalau beliau (Guan Eng) gagal menjelaskan pembohongan ini, maka beliau akan dikenang sebagai bapa segala pembohongan. Kalau tidak betul pun, sila tampil beri penjelasan kerana surat ini dikeluarkan oleh pejabat beliau sendiri,” tambahnya lagi.

Jelasnya, isi kandungan surat tersebut jelas bertentangan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng dan pemimpin kerajaan negeri berhubung isu itu.

‘‘Justeru, sekali lagi kita tuntut penjelasan. Kita tidak pernah membuat tuduhan melulu tetapi kita meminta penjelasan kerana kita percaya ia turut melibatkan dana untuk orang Islam. Malah, surat itu menyebut sumbangan RM500,000 merupakan ‘baki’ dana yang disalurkan, bermakna kelab berkenaan sudah menyalurkan sejumlah dana lain sebelum ini. Kita harap ia akan memberi perspektif baru kepada rakyat yang inginkan kebenaran,” jelasnya.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Bagus!!! sekarang UMNO lebih mengambil berat tentang Hukum Hakam! Halal dan Haram! Dosa dan Pahala! Shurga dan Neraka. Semoga Allah SWT memberi kelebihan rahmat kepada insan yang bergelar "MUSLIM".

  2. drrita
    8:31 PM

    alhamdulillah,,,
    mereka telah mendapat hidayah dari Allah..
    tidak seperti puak2 ulama PAS yang munafik...sanggup melacurkan agama ISLAM untuk tujuan politik duniawi..

  3. Kalau ye pun duit judi.. bukan banyak sangat.... Setakat RM100 tak jadi masalah nak belanjakan pada cara yang betul tapi tak jadi darah daging. Jangan buat beli makanan, tapi belanjakan untuk membeli kasut ke, seluar dalam ke, baju dsb. Kan lebih baik dari beri lesen judi dan galak orang berjudi. Atau menjadi pengerusi syarikat judi dari kalangan pesara kanan pegawai kerajaan.

Post a Comment