
Tahniah MediaUMNO-.... www.umno-online.com yang terus memaparkan berita-berita eksklusif, hingga hari ini mencari berita utama di Utusan Malaysia dengan tajuk MELAYU HILANG KUASA....
Ingatan tegas bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri ke4, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini.
Menurutnya, apa yang di nyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri pakatan pembangkang, walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.
Pada aku, ia satu ingatan yang tegas, yang perlu dijadikan perhatian orang Melayu tidak kira UMNO, PAS mahupun Melayu dalam PKR dan Melayu dalam Dap. Hakikatnya, aku tak dapat bergantung harap pada orang Melayu dalam PKR dan Dap, sebaliknya harapan aku sandarkan pada Melayu dalam UMNO dan Melayu dalam PAS.
Tun M telah memberikan contoh..... Lihat Nizar (Mohamad Nizar Jamaluddin) di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari Dap sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.
“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku”.... katanya kepada UMNO-Online.
Persoalannya kini, sejauh manakah kesedaran orang Melayu khususnya dalam UMNO terhadap ingatan yang dilemparkan Tun Mahathir ini.
Hakikatnya, orang Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilema yang amat menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis.
Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini. Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia?
Kalau tidakpun, jenis Melayu yang bagaimana yang akan jadi penghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa?


12:44 AM
Bro, orang-orang Melayu-Bumiputera dalam UMNO keseluruhanya sudah sedar perkara ini..... lama dah.... mungkin ada segelintir yg ada dalam UMNO yag masih mabuk dengan kebendaan.... apa yang paling digusarkan orang-orang Melayu-Bumiputera dari kalangan PAS dan PKR yang tidak sedar...mabuk dengan beer yg ditogokkan oleh Ronnie Liu...