Nurul Izzah Buta Undang-Undang, Perkara 153 Tidak Boleh Dipertikai

Nurul Izzah menonjolkan kebodohannya sebagai anggota Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai apabila mempersoalkan Perkara 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut fahamannya sendiri, kata Pensyarah Undang-undang di Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

Katanya kedangkalan Nurul Izzah terserlah apabila mempertikaikan dan memberi pernyataan yang salah berkaitan perkara tersebut yang secara tidak langsung menonjolkan kecetekan ilmunya sendiri.

“Saya nak tanya, apa yang Nurul Izzah belajar dan di universiti mana dia mendalami undang-undang kerana apa yang dikatakannya berkaitan Perkara 153 adalah salah, satu pembohongan yang dibuat sebagaimana mungkin dirinya tidak pernah membaca mengenainya,” tegas beliau kepada umno-online.com.

Beliau yang juga Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan kenyataan Nurul Izzah berikutan mempersoalkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keistimewaan orang Melayu.

Katanya, tanyalah pada peguam dan penasihat undang-undang mana sekalipun berkaitan Perkara 153 tersebut maka tentunya tafsiran dan huraian mereka adalah sama iaitu untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

“Perkara 153 ini adalah jelas untuk orang Melayu dan Bumiputera iaitu bermula ketika kemerdekaan pada 1957 diikuti apabila Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang membabitkan pindaan Perkara tersebut menjadikan anak negeri Sabah dan Sarawak termaktub di bawahnya,” jelas beliau.

Katanya, apabila Nurul Izzah mempersoalkan Perkara 153 maka ia diibaratkan seperti orang buta yang berjalan tanpa menggunakan tongkat dan ternyata bahawa ia telah memalukan orang Melayu sendiri.

“Dalam Perkara 153 (1) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agung bertanggungjawab melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini iaituPerkara 153 (2) sendiri,” katanya.

Jelasnya lagi, Perkara 153 tersebut adalah tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan iatu hak orang Melayu sama ada berkenaan dengan permit dan juga perkhidmatan; termasuk di dalamnya biasiswa dan sebagainya, adalah hak yang telah dilindungi.

“Apa yang dikatakan oleh Nurul Izzah adalah satu yang tidak benar malah beliau sebenarnya melakukan pengkhianatan kepada negara dan bangsanya sendiri selain mencemarkan Raja-raja dan menghina Yang Dipertuan Agung kerana Perkara 153 ini dilindungi oleh baginda.”

Tambahnya lagi, apabila Nurul Izzah mengatakan bahawa agenda Melayu hanya sementara bermakna beliau tidak faham sejarah dan juga Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

“Dari aspek sejarah apabila Baginda Queen di London mahu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan yang antara lain mencadangkan agar memasukkan kepentingan orang Melayu dan anak buminya untuk dilindungi.

“Semasa perundingan di antara pemimpin-pemimpin kaum juga, persetujuan telah dicapai bagi mengiktiraf keistimewaan Melayu seperti yang terkandung dalam Memorandum Perikatan iaitu pemimpin-pemimpin bukan Melayu bersedia menerimanya dan hasil persetujuan tersebut maka ia dimanifestasikan dalam Perkara 153 dalam Perlembagaan yang memperincikan peruntukan yang berkaitan,” tegasnya lagi.

Tambahnya, sejak awal lagi tidak pernah ada tarikh luputnya malah dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub dan tidak ada dinyatakan sampai bila ia terpakai, maka ia bermakna bahawa Perkara 153 ini bukan sementara tetapi selamanya sehingga ada pindaan lain.

“Untuk meminda Perlembagaan, satu majoriti dua pertiga adalah perlu bersetuju kepada pindaan ini yang mana memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di Parlimen. Namun begitu Perkara 159 (5) menyebut bahawa sesuatu undang-undang yang membuat pindaan terhadap 153 tidak boleh diluluskan tanpa perkenan Majlis Raja-raja.
Jadi bermakna ia perlu persetujuan Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu.”

“Apa yang dikatakan oleh Nurul Izzah adalah satu yang tidak benar malah beliau sebenarnya melakukan pengkhianatan kepada negara dan bangsanya sendiri selain mencemarkan Raja-raja dan menghina Yang Dipertuan Agung kerana Perkara 153 ini dilindungi oleh baginda.”

Soal beliau, kenapa hak keistimewaan orang Melayu yang telah diterima dan digunapakai sejak merdeka dipertikaikan?

“Perkara 153 bukanlah sesuatu yang boleh diperkotak-katikkan sebagaimana yang Nurul Izzah lakukan untuk mengelirukan masyarakat. Nurul Izzah sendiri perlu tahu apa yang terkandung dan mendalaminya.
Kalau tidak tahu kenapa tidak merujuk kepada pihak yang pakar hal-hal perundangan?” soalnya lagi.

Dalam hal ini, beliau turut menyatakan bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan terdedah dengan tindakan undang-undang.

“Untuk menjaga hak-hak orang Melayu dan memastikan ia tidak dipersenda maka Akta Hasutan 1948 digunapakai,” katanya.

Terang beliau, menerusi Akta Hasutan ini, secara ringkas menerangkan bahawa, ia adalah satu perbuatan menghasut apabila mempertikaikan apa jua perkara khususnya melibatkan lima perkara iaitu kewarganegraan, bahasa kebangsaan, kedudukan dan keistimewaan orang-orang Melayu dan bumiputera, kedudukan Raja-raja Melayu dan juga agama Islam sebagai agama rasmi.

“Sebagai seorang ahli Parlimen, Nurul Izzah tidak kebal dengan undang-undang tersebut dan apa yang beliau pertikaian boleh diambil tindakan.”

Justeru, katanya jika ianya dibiarkan berterusan maka akan mewujudkan satu perkara yang boleh menimbulkan satu-satu kaum dalam masyarakat bersikap prejudis dan jika dilihat dari aspek perundangan maka tindakan sewajarnya dilakukan di bawah Akta Hasutan.

Apa yang jelas, tegasnya lagi jika dihayati Perkara 153 itu sendiri menyatakan bahawa hak-hak orang Melayu adalah dilindungi tetapi dalam masa yang sama tidak pernah mendiskriminasi hak-hak kaum-kaum lain. –Ropikah/MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:30 PM

    bagus...panjang lebar penerangan ni. rasanya dh berulangkali ada penerangan sebegini..tp bahlol2 tu tak faham2.
    Menteri KDN bila nk ambik tindakan ke atas si Nurul yg ngong tu. leceh le asyik2 amaran je. mcmne le si nurul izzah tu boleh berbangga dgn jawatan dia, bkn apa perkara basic pun tak tahu dan faham. kesian pengundi2 Lembah Pantai...dpt YB yg ngong.

Post a Comment