Sepatutnya sambutan kemerdekaan yang ke 53 pada 31 Ogos 2010 yang lalu disambut dengan semangat perpaduan yang tinggi melalui Gagasan 1 Malaysia namun amat malang sekali kerana masih terdapat tindakan dan juga perkara-perkara yang dilakukan terutamanya oleh sekumpulan golongan muda yang tidak bertanggungjawab mencemarkan semangat perpaduan yang tinggi dikalangan semua bangsa semenjak sebelum negara ini merdeka lagi, ujar EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin.
“Sebagai contoh, Isu video klip kontroversi yang dicetuskan oleh Weng Meng Chee atau Namewee perlu dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua kaum di negara ini khususnya golongan muda supaya tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan semata-mata sehingga menyentuh sensitiviti kaum-kaum lain.
Kerajaan perlu memandang serius perlakuan Namewee kerana ini bukan kali pertama dia melakukan kesalahan yang hampir sama dengan kesalahan sebelum ini.”
Tambahnya, tindakan Namewee ini menunjukkan dia tidak mempunyai sedikitpun perasaan takut walaupun pernah diberi amaran sebelum ini yang menimbulkan kemarahan seluruh rakyat
Namewee perlu menerima hukuman untuk mendidiknya supaya sedar betapa peri pentingnya setiap rakyat
“Saya juga menyarankan kepada kerajaan, sekiranya terdapat mana-mana individu atau kumpulan yang bertindak diluar batasan terutamanya melibatkan isu-isu sensitif berkenaan agama dan bangsa diambil tindakan yang tegas dan segera agar tiada mana-mana pihak terutamanya golongan muda 1


0 Komen
Post a Comment