REALITI DAN FANTASI RM4B UNTUK PAS KELANTAN: LOKMAN

Antara realiti dan fantasi. Antara mimpi-mimpi di siang hari atau satu realiti mimpi indah khusus buat rakyat Kelantan. Mungkinkah sumbangan RM4B yang diperolehi Pas kelantan akan benar-benar membahagiakan rakyat Kelantan, atau sekadar satu auta yang sengaja direka untuk memperdayakan kita semua, ujar EXCO Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat Kelantan khususnya penyokong-penyokong Pas agar tidak cepat bergembira dengan berita I'DA World Group Sdn Bhd mengumumkan sumbangan berjumlah RM4 billion kepada PAS Kelantan dengan alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan mundur di negeri itu.

“Ianya antara realiti dan fantasi. Paling penting dalam hal ini, pihak berkuasa dan rakyat Kelantan harus menyelidiki dulu syarikat I'DA World Group Sdn Bhd. Persoalan yang harus dirungkai dahulu, benarkah syarikat ini mendapat kontrak bernilai RM300B daripada kerajaan Kelantan dan siapa yang akan bayar RM300 bilion tersebut kepada syarikat berkenaan,” ujarnya .

Lokman turut mempersoalkan kemampuan syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek tersebut sedangkan modal berbayar yang dibenarkan ke atas syarikat tersebut hanya RM1bilion.

“Kita bukan mahu mempersoalkan kemampuan dan keikhlasan syarikat berkenaan membantu meringankan beban rakyat Kelantan, tetapi yang menjadi persoalannya, mengapa bantuan RM4milion itu diserahkan kepada Pas, bukannnya kepada kerajaan negeri.

Kita tidak mahu rakyat Kelantan diperdaya dengan sandiwara tersebut, kononnya bantuan diberikan untuk membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan namun hakikatnya, jika benar sekalipun wujud bantuan RM4bilion ini, ia hanyalah sebagai dana untuk Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti,” tambahnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    10:02 PM

    Minta rakyat Kelantan meminta kepada Kerajaan Kelantan menggunakan wang tersebut demi kemakmuran rakyat dan negeri.Lagipun duit tersebut memang untuk pembangunan daerah-daerah jajahan yang mundur.Sekiranya dalam waktu dekat ini tetap tidak ada apa-apa perubahan artinya telah terjadi penyelewengan wang tersebut.Dimana wang tersebut telah menjadi pembangunan kocek pak lebai-lebai PAS saja. Jadi mulai hari ini, marilah wahai seluruh rakyat negeri Kelantan membuat permohonan ke kerajaan negeri Kelantan bagi pembangunan daerah masing-masing.Kepada kerajaan Negeri Kelantan buat jangan tak buat pula pembangunan demi kemajuan negeri Kelantan.Bukti kan anda dipihak yang benar.

  2. Anonymous
    4:03 AM

    bakponyo nok bangun jajahan yg mundur. itu sumo duniawi belako. kelantan tak perlu pembangunan. kalu nak gi KL pun biarlah pakat pakai jalan belit2 mcm ular. takpo..

    tapi yg penting kita 4 billion tu bahagi sikit sorang antara pemimpin kita kat kelantan nih. kalu rasa nak bini 4 pun lagi sedak. boleh hogeh bini situ sini. wak amal malam2 kan sedak. allah pun bui pahala.. tak ggitu adik kakak..?

Post a Comment