Anwar Memang Pakar Cabut Lari

Seperti biasa, apabila berlaku kekecohan, Anwar Ibrahim akan menghilangkan diri. Kalau tak ke Amerika, mungkin London atau paling dekat ke Jakarta.

Pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini yang penuh dengan kemelut dan adegan dahsyat seperti sepak terajang, baling kerusi, aksi samseng, pengundi hantu, penipuan undi dan pelbagai acara songsang lain termasuk gugurnya ramai pemimpin PKR yang dikategorikan sebagai ‘Panglima Perang Anwar’ dalam perebutan jawatan Ketua Cabang menyebabkan Anwar `cabut lari ke luar negara’.

Hakikatnya Anwar memang seorang pemimpin yang suka lari dari masalah dan bukanlah seorang yang fokus untuk menyelesaikan masalah, tidak kira masalah peribadi ataupun masalah parti.

Itulah sikapnya, dan ramai tidak hairan ketiadaannya di dalam negara kini kerana tidak tahu mana nak letak muka dan mungkin mencari ilham untuk memutarbelitkan masalah agar rakyat terus melihat PKR sebagai parti yang telus, mulus dan suci.

Anwar juga mahu meredakan ketenangan agar tidak terlihat sebagai pemimpin yang hilang punca terutama untuk mencari penawar kekecewaan kerana orang-orang harapannya kini ditolak oleh ahli PKR sendiri.

Mungkin juga Anwar mahu mendapatkan pandangan dan nasihat dari kawan-kawan Baratnya termasuk Yahudi tentang taktik dan strategi seterusnya untuk berdepan rakyat selepas parti pimpinannya berantakan pada pemilihan baru-baru ini.

Inilah gaya Anwar yang bukan saja tidak bertanggungjawab tapi cukup licik untuk melepaskan diri dalam apa jua keadaan.

Tunggulah kepulangannya nanti sudah tentu ada benda atau fitnah baru yang akan digemparkan beliau untuk menutup malu dirinya dan juga parti pimpinannya iaitu PKR Parti Kian Rebah atau Parti Kelentong Rakyat.

MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    4:13 AM

    Dia pi rasmikan mesyuarat cabang cabang gay sedunia tu kat luar negeri.

Post a Comment