Buktikan Ada Anasir Luar, Jangan Pandai Menuding Jari- Pemuda UMNO Hulu Selangor

Jangan hanya menuduh kononnya ada anasir luar mahu mensabotaj proses Pemilihan Kepimpinan PKR Cabang Hulu Selangor Ahad ini, sebaliknya mereka harus mendedahkan anasir yang dimaksudkan nanti termasuk individu-individu yang dikatakan terbabit sebagai perancangnya, ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Hulu Selangor mencabar dan menuntut PKR Cabang Hulu Selangor khususnya Ketua Penerangan PKR Cabang Hulu Selangor, Shaiful Anuar Sulaiman agar membuktikan dakwaan mereka tersebut.

”Kita nak nasihat PKR Hulu Selangor supaya tidak menuding jari kepada pihak-pihak lain bagi menutup kekurangan dan kelemahan mereka sendiri.

Hari ini, PKR dilihat lebih suka membuat pelbagai perancangan semata-mata untuk memperlihatkan kepada umum bahawa kononnya mereka adalah parti yang lebih demokratik tetapi realitinya tidak mempunyai ketelitian dan persediaan yang cukup lengkap untuk melaksanakan perancangan tersebut sepertimana pemilihan kali ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Hakikatnya, rakyat sedang melihat pemilihan kepimpinan di semua peringkat pada tahun ini sebagai kayu pengukur untuk menilai kemampuan PKR dan Pakatan Rakyat di dalam mentadbir kerajaan. Jika urusan pemilihan di peringkat parti pun gagal dilaksanakan dengan sempurna apatah lagi untuk mengurus rakyat negara ini yang seramai 29 juta orang.

”Saya yakin dan percaya sebarang kekecohan sekiranya berlaku di dalam pemilihan Cabang Hulu Selangor nanti adalah angkara ahli-ahli PKR sendiri yang tidak puas hati terhadap tindak tanduk jawatankuasa pemilihan dan pergolakan antara penyokong calon-calon yang bertanding merebut jawatan lebih-lebih lagi apabila pemilihan ketua cabang kali ini dijangka sengit yang melibatkan pertandingan lebih daripada 2 penjuru.


Perebutan jawatan oleh ramai calon-calon baru ini juga mengesahkan pandangan masyarakat umum selama ini bahawa memang wujud ketidaktentuan dan kepincangan di dalam kepimpinan PKR Cabang Hulu Selangor walaupun Kerajaan Negeri sedang diterajui oleh Pakatan Rakyat,” tambahnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment