Mungkinkah PKR akan kembali bergelut sebagaimana minggu lepas. Sesama ahli PKR berentap sampai masuk hospital, UMNO dan BN juga yang disalahkan kerana dikatakan menjadi dalam kepada pergaduhan sesama sendiri, walaupun Saifuddin hanya membayangkan pihak luar campur tangan....
Lupakan Saifuddin kejap (yang kini bengang dengan sebuah akhbar harian- kita citer esok ajerlah)..... kita singgah kejap ke Ampang. Malam tadi, diadakan satu sidang media yang agak lembut, namun boleh menjadi bara api Ahad ini jika kemahuan ahli akar umbi di PKR Ampang tidak dipenuhi.
Ketua Cabang PKR Ampang, Abdul Halim Mohamed Yusof bakal dicabar ‘Primadona Wanita PKR’ yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin. Bukannya nak masuk campur hal rumahtangga mereka, namun kenyataan Halim malam tadi boleh dijadikan sandaran untuk menilai siapa PKR sebenarnya?
“Perjuangan parti bukanlah perjuangan individu, tidak harus ada pemimpin yang bermentaliti “AKU LEBIH BESAR DARI PARTI” dengan membuat keputusan tanpa memperdulikan pandangan dan aspirasi akar umbi. Kalau dibiarkan berlaku dikhuatiri akan wujud primadona-primadona seperti mereka yang melompat parti justeru merajuk bila ugutan atau kemahuan mereka tidak dipenuhi parti” – Abd Halim Mohamed Yusof, Dewan Tahir Karim, Kg Melayu Ampang, 1 Oktober 2010- 9.30 malam.
Siapa Primadona yang dimaksudkan? Mengapa Zuraidah mahu bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Ampang sedangkan beliau kini merupakan Ketua Cabang PKR Setiawangsa? Adakah perbuatan ini tidak dikatakan menyerupai seekor KATAK?
Fikirkanlah .....


0 Komen
Post a Comment