Al-Fatihah: Moga Allahyarhamah Datin Shazarina di Tempatkan Bersama Orang-orang Yang Beriman


Salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman atas kembalinya ke rahmatullah isteri beliau, Datin Shazarina Shamsuddin, 46 tahun.

Allahyarhamah Datin Shazarina meninggal dunia pagi tadi akibat barah hati dan paru-paru.

Difahamkan, Allahyarhamah di kediamannya di Glenmarie Court dan upacara pengkebumian akan diadakan di tanah perkuburan Islam Parit Mahang, Kuala Selangor pada jam 5 petang ini.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment