Berapa Banyak Lagi 100 Hari… Janji Pembangkang Sudah Jadi Dongeng Jenaka


Janji baru pakatan pembangkang yang terkandung dalam program 100 hari reformasi yang dilancarkan pada konvensyen baru-baru ini bolehlah diibaratkan satu lagi cerita dongeng pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus berkata program 100 hari pakatan pembangkang itu tidak lebih sekadar satu lagi bahan lawak yang disajikan kepada rakyat untuk ditertawakan.

“Berapa banyak lagi 100 hari yang diperlukan pakatan pembangkang. Dulu masa pilihanraya umum lalu pun dia (pembangkang) janji 100 hari, sekarang dah lebih dua tahun….apa yang mereka buat?.

“Dalam konteks negeri Selangor ini tiada apa yang boleh dibanggakan kecuali bertambahnya rumah-rumah urut dan pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Cukup-cukuplah cerita lawak ni”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas program 100 hari pakatan pembangkang yang berjanji melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara khususnya keselamatan dan ekonomi berdasarkan kepada prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Melalui buku kecil Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia pada Konvensyen Pakatan Rakyat, mereka berikrar untuk melaksanakan pelan 10 program reformasi awal, dalam 100 hari mendapat mandat rakyat.

Program tersebut dikatakan adalah komitmen pakatan pembangkang terhadap perkara yang bakal dilakukan selepas mengambil alih kerajaan.

Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang seterusnya berkata pakatan pembangkang sudah hilang sifat malu apabila terus menjaja janji-janji kosong kepada rakyat semata-mata ghairah untuk berkuasa.

Tegas beliau lagi pihaknya percaya rakyat sudah sedia bangkit untuk mengajar pakatan pembangkang yang selama ini tidak henti-henti cuba memperbodohkan mereka.

“Patutnya pembangkang malulah….janji lama pun banyak tak ditunaikan lagi sekarang buat janji baru…janji-janji kayangan. Mereka silap kalau fikir rakyat ni mudah diperbodohkan.

“Perlu ingat rakyat bukan bagi 100 hari tapi dah beratus-ratus hari…dah masuk lebih dua tahun dah…. mana janji konon kebajikan rakyat… rakyat makin ditekan. Ini betul-betul bohong hidup-hidup”, ujarnya.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment