Pentadbiran ala-apartheid DAP


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam menyelar pemimpin BN sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar adalah tuduhan yang berniat jahat dan bermotif politik, ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican.

Nyata, kenyataan Guan Eng adalah satu kenyataan yang dangkal – penuh dengan dendam politik dan tidak berdasarkan fakta dan kenyataan yang wujud selama ini. Apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) selama ini adalah satu kerjasama yang melangkaui kepentingan mana-mana bangsa sekalipun. Malahan, Barisan Nasional mempertahan keperluan menjaga dan memelihara kepentingan kaum minoriti di seluruh Negara.

”Inilah pemikiran yang tidak berlaku di dalam kepimpinan Guan Eng yang hanya tertumpu kepada usaha mewujudkan ‘pemisahan’ kaum di dalam mengendalikan pentadbiran di negeri Pulau Pinang. Kalangan kontraktor Bumiputera yang selama ini mendapat peluang yang sama rata di dalam pentadbiran BN; sudah menjadi kalangan yang dinafikan hak untuk mendapatkan sebarang peluang. Apakah ini perlambangan ‘keadilan’ yang DAP mahu bawakan? Apakah ini asas ‘perubahan’ yang ingin diperkenalkan?

DAP sebenarnya sudah mengamalkan ‘politik apartheid’ yang menyusahkan sebahagian besar rakyat. Di Pulau Pinang ini dilakukan secara halus dan tersusun. Kita bukan sahaja bercakap tentang tanah orang Melayu yang diambil oleh Kerajaan Negeri atas nama pembangunan. DAP juga meminggirkan wakil orang Melayu di dalam proses pemilihan di dalam PBT,” ujarnya dalam satu kenyataan.

‘Pilihanraya olok-olok’ dijadikan asas untuk melantik wakil di dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Akhirannya, tidak seorang pun orang Melayu terpilih ke dalam keanggotaan Majlis. Apakah ini bukan mirip kepada Dasar Apartheid?

Amalan sama juga di gunapakai di peringkat lebih tinggi. Jumlah representasi Exco Kerajaan Negeri juga tidak melambangkan semangat yang tepat. Semuanya berat ke arah amalan perkauman – dan mendahulukan bangsa tertentu. Ini jelas bertentangan dengan semangat sebenar Perlembagaan Malaysia.

Pentadbiran ala-apartheid DAP ini menyusahkan rakyat. Mereka yang selama ini terbiasa dengan pentadbiran yang terbuka; menikmati ruang dan peluang yang bebas di bawah pentadbiran BN; berasa semakin terdesak dengan pentadbiran DAP. Hari ini, ruang mereka mendapat peluang perniagaan ditutup oleh semangat pentadbiran yang terlalu bersifat perkauman. Rakyat semakin terbeban dengan Pentadbiran ala-apartheid DAP ini.

”Pentadbiran ala-apartheid di Pulau Pinang sudah menjadikan Negeri ini kurang diminati oleh pelabur. Pentadbiran sudah menjadi terlalu ‘DAP-centric’ dan menafikan peluang kepada kelompok rakyat yang lain. Pemisahan ini tidak mendatangkan kesan positif – malahan secara jelas menggambarkan dasar DAP yang sangat tidak mesra rakyat.

Guan Eng pada hakikatnya seorang pemimpin yang ‘cakap tidak serupa bikin’. Cakap lain – dan lain pula yang dilaksanakan di peringkat Negeri. Mungkin, Guan Eng perlu melihat ‘amalan pentadbirannya’ sendiri; sebelum mahu melemparkan tuduhan dangkal terhadap kerajaan pimpinan BN. Kaedah ‘pemisahan’ perhatian kepada rakyat; mengikut ‘halatuju’ politik adalah jelmaan apartheid yang ada di dalam benak pemikiran pimpinan DAP,” tambahnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment