Jangan Mudah Terpedaya Taktik Kotor Pembangkang Di Tenang



Pengundi Tenang dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan rayuan pihak Pas dalam usaha mereka untuk mengurangkan kemenangan majoriti Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil 30 Januari ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata, rayuan sedemikian daripada parti pembangkang sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan BN hilang sokongan. Ahli-ahli Pas kini sudah berada di Tenang dan memberitahu kepada orang ramai bahawa parti itu tidak akan menang dalam pilihan raya kecil ini, sebaliknya mereka mahu mengurangkan undi majoriti BN.

“Ini satu taktik kotor dan sangat merbahaya yang dilakukan oleh pembangkang dan saya berharap orang ramai supaya tidak terpedaya dengan hasutan dan dakyah-dakyah palsu mereka ini.

Kalau mereka sekadar bertanding semata-mata mahu mengurangkan undi BN dan meningkatkan undi mereka selain tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk bertanding, baik tidak payah bertanding dan terus memberikan kemenangan kepada calon BN yang bertanding nanti kerana BN bertanding kerana mahu terus berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat di Tenang,” ujarnya ketika program Sembang-Sembang Belia bersama Belia Kg Stesen Tenang petang tadi.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN dan Ahli Parlimen Muar yakin, Pas tidak mempunyai peluang untuk memenangi majority undi yang lebih besar dalam pilihan raya kecil, 30 Januari ini.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment