Kes Liwat Anwar : Kenapa Karpal Jadi Tikus Menyorok Belakang Almari?

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekali lagi mendesak Jabatan Peguam Negara memanggil Karpal Singh sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, langkah itu perlu ekoran perkembangan terkini yang berlaku berhubung isu tersebut agak meragukan seolah-olah wujud percubaan untuk mengalihkan perhatian daripada desakan tersebut.

Jelasnya, selepas gesaan terhadap jabatan itu dilakukan untuk memanggil peguam veteran terbabit memberi keterangan sebagai saksi pendakwa, Karpal tidak membuat apa-apa pendirian setakat ini.

”Saya pasti, sebagai seorang peguam bela yang tersohor, Karpal memang sentiasa bersedia untuk tampil memberi kenyataan. Kamar mahkamah adalah tempat mainan Karpal.

”Bagaimanapun, tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memfailkan semakan kehakiman ke atas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi ketika beliau sendiri dikehendaki hadir sebagai saksi pendakwa, menimbulkan pelbagai persoalan.

”Jangan ada cubaan untuk mencemar institusi badan kehakiman negara bagi digunakan sebagai alasan untuk melepaskan diri,” katanya dalam blognyahttp://www.zahrainmp.blogspot.com.

Beliau mengulas tindakan Pengerusi DAP itu memohon mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa Zaki menjelaskan tuduhan tersebut.

Dalam tindakannya Rabu lalu, Karpal juga mahu mengheret Zaki ke Tribunal Kod Etika Hakim dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zaki daripada menentukan merit aduan ke atas kes berkenaan.

Tindakan itu merupakan percubaan Karpal bagi menekan Zaki yang didakwanya pernah mengakui memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah ketika menjadi peguam, semasa berucap dalam satu konvensyen di Kuching pada November 2008.

Bagaimanapun, Zaki kemudiannya menafikan mengeluarkan kenyataan itu dan mendakwa ia telah disalah tafsir sesetengah media.

Mengulas lanjut, Zahrain berkata, sikap berdiam diri pihak Peguam Negara juga secara langsung mempermudahkan usaha Karpal untuk lari daripada tanggungjawab sebagai saksi pendakwa dalam kes liwat Anwar.

”Jangan ditimbulkan soal konspirasi dan pelbagai silap mata lain kerana Karpal sendiri telah membuat pengakuan terbuka berhubung kaitan dan pengetahuan berkenaan perlakuan Anwar.

”Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong telah mendedahkan segala butiran dalam blog beliau dan baru-baru ini saksi-saksi utama dan pengadu telah membuat kenyataan terbuka tentang peranan Karpal sebelum Anwar didakwa atas kesalahan liwat pada 1998.

”Justeru, saya sekali lagi mendesak Peguam Negara memastikan Karpal berkongsi maklumat beliau berhubung kes itu. Bagi pihak yang cuba mengalihkan perhatian, saya rasa janganlah membuang masa kerana rakyat kini sudah celik,” tambahnya. - UMNO-Online

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment