
Hampir setiap hari Selasa, aku akan berusaha untuk balik awal untuk menonton RTM 1 tepat jam 9.30malam....
Ada rancangan menarik yang selari dengan jiwa aku .... Tapi mala mini merupakan episode terakhir rancangan Eksplorasi Gunung, yang mana sepanjang 13 episod siarannya, penonton yang meminati aktiviti lasak mendaki gunung berpeluang berkongsi pengalaman Datuk Khalid Yunus dalam pendakian yang mencabar dan lasak, ujian ketahanan mental dan fizikal, memahami gaya hidup sehat, menyelami rahsia alam semula jadi dan misi penerokaan yang amat mangagumkan.
Kepada pihak penerbit, diharap rancangan ini dapat diteruskan di masa hadapan. Boleh juga selitkan aktiviti-aktiviti pendakian yang melibatkan orang lain untuk dikongsi bersama dalam rancangan ini.


0 Komen
Post a Comment