Anwar ‘Lari’ Ke Luar Negara Sebagai Jalan Keluar Dari Permasalahannya

Anwar ‘Lari’ Ke Luar Negara Sebagai Jalan Keluar Dari Permasalahannya

Kuala Lumpur, 18 April- Anwar Ibrahim kini dalam keadaan tertekan dan tersepit. Seakan-akan sudah sinonim, apabila menghadapi masalah dalam negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melarikan diri ke luar negara sebagai jalan keluar kepada permasalahan yang dihadapinya, ujar bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Najmi Rosli.

“Secara peribadi, saya sangat bersyukur dengan usaha berterusan pihak Pas selama ini yang menganjurkan solat-solat hajat agar ditunjukkan kebenaran, akhirnya kini muncul satu persatu kebenaran sebagaimana yang mereka hajati.

Rakaman video seks yang mirip wajah Anwar Ibrahim sejak beberapa minggu lepas sebagai permulaan, ditambah pula dengan pengakuan dan pendedahan sahabat baik Anwar sendiri, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibu, yang menyebabkan Anwar ‘lari’ ke luar negara,” ujarnya mengulas tindakan Anwar yang keluar negara sedangkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak belum diumumkan, Sabtu lalu.

Tambahnya, tindakan Anwar ini jelas bertentangan dengan apa yang diucapkan di sepanjang kempen PRN Sarawak ini. Berbagai-bagai janji dia taburkan, kalau dia berani mengatakan PKR akan mengubah Sarawak dan calonnya, Baru Bian akan diangkat sebagai Ketua Menteri Sarawak, kenapa dia tidak menunggu keputusan pilihan raya diumumkan di bumi Sarawak.

“Ini yang rakyat harus jelas dan teliti dengan hati yang terbuka sikap Anwar yang sebenarnya. Saya percaya rakyat dah melihat sendiri 1:47 minit sedutan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Bukan rakyat sahaja malah pimpinan dalam pakatan sendiri sudah mula meragui Anwar Ibrahim dan percaya `pelakon lelaki’ dalam rakaman tersebut ialah Anwar Ibrahim.

Saya sudah mendapat makluat dari sumber-sumber dalaman parti pembangkang, bahawa ada di kalangan pemimpin mereka percaya Anwar terlibat, namun demi mengelakkan perpecahan dan salah sangka dalam pakatan pembangkang, mereka terpaksa menutup mulut dan mendiamkan sahaja isu tersebut,” ujarnya tanpa memaklumkan parti dan pemimpin yang dimaksudkan.

Dalam masa yang sama, Najmi berasa hairan bagaimana Anwar boleh ‘melarikan diri’ ke luar negara sedangkan beliau berhadapan dengan isu besar yang melanda dirinya, sedang berhadapan dengan siasatan dan menjadi tanggungjawab kepadanya untuk membantu siasatan tersebut.

“Kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan menghalang Anwar ke luar negara. Kenapa dia masih bebas sedangkan beliau menghadapi kes di dalam kanun keseksaan yang boleh dikenakan hukuman berat jika disabitkan dengan kesalahan.

Anwar ke luar negara bukan untuk melancong atau melanjutkan pelajaran sebaliknya dia ke luar negara untuk memancing sokongan negara-negara barat, selain merancang gerakan-gerakan subvertif yang boleh merosakkan keamanan negara. Dia nak jadi seperti Thaksin di Thailand, dan saya tidak menafikan bahawa Anwar mungkin tidak kembali ke tanahair, selain bertindak sebagai Thaksin ke2,” tambahnya lagi.

Perkara ini bukan mustahil, dia sudah beberapa kali meburukkan negara malah anak perempuannya sendiri, Nurul Izzah Anwar pernah bercakap di Indonesia, mempersoalkan kewibaan kapal selam Malaysia yang kononnya tidak berfungsi selain sistem keselamatan negara yang longgar.

“Kita tidak boleh membiarkan pengkhianat negara ini memburukkan Malaysia di luar negara. Pihak berkuasa harus tegas, kita tidak mahu kedamaian dan keamanan yang telah kita nikmati selama ini akan ‘terbakar’ dengan gerakan subvertif yang Anwar mampu lakukan dari luar,” ujarnya lagi.

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Kenapa pasportnya tak ditahan?

  2. kenapa ajijah tdk dibawa sama?

Post a Comment