Jangan Jadi `Pondan’ Gulingkan Kerajaan Melalui Demostrasi Jalanan

Kuala Kumpur, 28 Jun- tak perlulah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin menghasut rakyat untuk mengulingkan kerajaan melalui demostrasi jalanan, sebaliknya jangan jadi bacul dan AMK Pondan untuk berlindung di sebalik demostrasi jalanan bagi melunaskan niat jahat dan kotor tersebut, ujar Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Pirdaouz Megat Jonid.

“Negara kita ada pilihan raya, setiap penggal dalam lima tahun. Jadi tak perlulah jadi penakut guna demostrasi jalanan.

Kalau PKR yakin rakyat sokong dasar-dasar perjuangan peribadi mereka, maka jadilah anak jantan yang menggunakan proses demokrasi pilihan raya dalam membentuk kerajaan di peringkat kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat sebagaimana mereka membentuk kerajaan Selangor yang melalui proses pilihan raya umum ke 12 yang lalu,” ujarnya mengulas tindakan dan hasutan Ketua AMK yang mahu menggulingkan kerajaan melalui demostrasi jalanan.

Ujarnya, rakyat sudah tahu temberang PKR selama ini. Rakyat sudah sedar, pembangkang hanya temberang bila bercakap, tetapi bila dah diberi peluang, mereka tidak mampu membawa apa-apa kemajuan seperti apa yang berlaku di negeri Selangor.

“Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO tidak akan membiarkan kerajaan digulingkan melalui demostrasi jalanan. Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan bersama-sama dengan majoriti rakyat yang neutral (silent majority) yang cintakan keamanan dan kedamaian akan berhadapan dengan AMK bagi memastikan cara “buruk” pembangkang ini tidak akan berjaya,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Dalam masa yang sama, Ketua UMNO bahagian Kluang, Md Jais Sarday kecewa dengan sikap penganjur Bersih yang tetap mahu meneruskan perhimpunan tersebut.

“Kenapa pihak SPR panggil mereka, mereka tidak datang? Hakikatnya, tujuan penganjur Bersih pada dasarnya nak buat huru-hara sebagaimana yang berlaku di Thailand, Indonesia, Mesir dan negara-negara Asia Barat yang lain. Kalau benarlah mereka benar-benar ikhlas, buatlah di Stadium Melawati Shah Alam, jeritlah sepuas hati mereka asalkan tidak mengacau ketenteraman orang ramai yang ada urusan lain, dan berniaga dan sebagainya.

Kenapa tuntutan itu nak buat dalam demostrasi jalanan? Hantarlah wakil jumpa SPR, sejarah demokrasi jalanan, tidak pernah berakhir dengan aman,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment