Patriot Beri Ingatan Kepada Pemuda AMK

Kuala Lumpur, 28 Jun – Susulan daripada ugutan yang diterima oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin bahawa Pemuda UMNO yang akan turun dan menyertai perhimpunan Patriot pada 9 Julai ini, akan disembelih oleh puak pembangkang, maka kami telah berhimpun di Ibu Pejabat PKR pada jam 10.30 malam tadi, ujar Lokman Noor Adam, EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Perhimpunan tersebut untuk memberikan satu isyarat jelas dan peringatan kepada `pondan-pondan Siam’ AMK bahawa mereka telah silap mengugut orang.

“Ini Pemuda UMNO, bukan pondan AMK. Kami nak beritahu bahawa bukan hanya kami akan turun puluhan ribu Patriot Pemuda pada 9 Julai ini, tetapi kami juga bersedia untuk berhadapan dengan apa juga keadaan dalam mempertahankan kedaulatan negara ini dari digulingkan dek puak-puak penyokong `peliwat’ negara.

Jika selama ini, majority rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan membenci demonstrasi jalanan hanya berpeluk tubuh melihat gelagat penyokong-penyokong pembangkang di jalanan, maka hari ini kita nak beritahu bahawa majoriti ini tidak lagi akan membisu, tetapi mereka akan zahirkan kekecewaan mereka terhadap sebarang usaha gulingkan kerajaan dengan cara yang tidak demokratik,” ujarnya yang juga bekas pimpinan tertinggi Parti Keadilan Nasional.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment