Tindakan Tegas Buat Pengacau

Kuala Lumpur, 28 Jun- Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, hasil pertemuan dan perbincangannya bersama Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris), satu ketetapan dibuat bahawa kerajaan harus segera mengambil tindakan tegas menahan penganjur mana-mana perhimpunan haram 9 Julai ini termasuk menahan mereka di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kerajaan harus bertegas untuk menangkap pihak-pihak yang buat kacau apabila berhasrat mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai ini. Pewaris yang hadir pada hari ini menyatakan bahawa kerajaan menggunakan ISA untuk menangkap pihak-pihak yang membuat kacau.

Datuk Ibrahim Ali dan pemuda UMNO sudah membuat kenyataan bahawa kalau Bersih tak buat perhimpunan, maka mereka juga tidak akan berhimpun. Oleh kerana itu, siapa pengacaunya? Siapayang mulakan, siapa yang jadi punca? Mereka ini tercabar dan sebab itu mereka menyahut cabaran,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan bersama Pewaris petang tadi.

Tambahnya, beliau tidak menyalahkan Pemuda UMNO dan Perkasa sebaliknya menyalahkan pendokong-pendokong Bersih ini yang mula buat kacau. Kalaulah nak hantar memorandum, hantarlah surat rasmi kepada Yang Di Pertuan Agung mohon mengadap untuk menyerahkan memorandum tersebut, bukannya berhimpu beratus ribu orang semata-mata nak hantar memorandum tersebut.

“Hantarlah memorandum walaupun setebal 1000 muka surat. Kenapa nak hantar memorandum bawa 100 ribu orang? Saya ad abaca pandangan SUHAKAM patutnya dibenarkan berhimpun. Kalaulah berhimpun tak menyusahkan orang, boleh. Berhimpunlah kat stadium, tak kacau orang.

Nak melalak, nak melolong, nak memekik, nak apa sahaja kat stadium tu terpulang, tetapi jangan kacau 15,000 pemandu teksi nak cari makan, jangan mengacau beribu-ribu lagi penjaja kecil, jangan mengacau beribu-ribu lagi peniaga yang terpaksa menutup kedai dan janganlah kacau berpuluh-puluh ribu pelancong asing yang datang melancong ke negara kini ini,” ujarnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment