Anjur “Bersih” Untuk Bersihkan Dosa Pas Tolak Negara Islam

Kuala Lumpur, 9 Jun – Sepatutnya Mat Sabu menjadi contoh kepada rakyat, dia sebagai pemimpin yang baru tetapi selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS, dia pula nak porak perandakan masyarakat dan negara. Itu merupakan satu petanda buruk kepada PAS. Tahniahlah kepada PAS yang mendapat pemimpin yang menjadi orang pertama yang mengelarkan Anwar ‘Al-Juburi’, ujar Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd Razlan Mohamad Rafii.

“Ini merupakan satu tamparan kepada PAS yang menerima `ularmak’ selepas menolak kepimpinan ulamak dalam Muktamar Pas baru-baru ini.

Untuk menganjurkan program yang dinamakan program Bersih dengan menuduh kerajaan tidak Bersih walaupun mereka telah menang lima buah negeri sebelum ini, ia adalah satu tuduhan yang tidak tepat dan tidak bertanggungjawab,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Dalam masa yang sama, kita amat mengenali sangat Timbalan Presiden PAS yang kita tahu mempunyai tingkah laku yang diragui.

Mereka nak menganjurkan Bersih ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak bersih, tetapi yang tidak bersih sebenarnya ialah perjuangan PAS hari ini. Mereka mahu mengalihkan pandangan serong rakyat kepada mereka yang kini tidak lagi memperjuangkan negara Islam, tidak lagi bercakap tentang hukum hudud, tidak lagi berjuang untuk kebenaran, jadi demostrasi bersih ini dijadikan alat sebagai mengaburi mata rakyat dan penyokong-penyokong mereka sendiri.

Maka, saya berharap agar rakyat dapat menilai perjuangan sebenar PAS hari ini, apa yang tidak kena dengan negara kita, dan apa yang telah kita nikmati selama ini, keamanan dan kedamaian harus kita jaga agar tidak porak peranda demi generasi depan. Kita tidak harus bawa budaya dari luar tidak dibawa ke Malaysia, inilah yang cuba dibawa oleh Mat Sabu dan kita harus tolak budaya demostrasi jalanan ini,” tambahnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Salam, salam perjuangan. Siapa tak kenal Mat Sabu@Mat Sabun, seorang yg tegas kono, bila berceramah suka maki hamun, tapi tak berkesan langsung.

    Tapi, ada baiknya juga bila dia menang bertanding Tim. Presedin Pas. Kononnya akan memberi tekanan besar kpd si al-juburi. Kan 2 eko ni tak ngam. Biarkan, biar purak peranda di dlm PR. Akan binasalah mereka nanti...

Post a Comment