
Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa beliau adalah seorang pelakon lima bintang sehandal Datuk Shahruk Khan atau Amitha Bachan.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, hari ini Anwar berlakon lagi dan lakonan bermula di Hotel lima bintang Hilton Sentral. Dia tahu bahawa ada perintah mahkamah yang menghalang dia dari menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, tetapi seperti biasa Anwar `membakul sampahkan’ perintah mahkamah dinegara ini.
“Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes liwatnya pun dia nak pecat, apatah lagi perintah mahkamah seorang majistret. Nampaknya Anwar lebih seronok untuk terus melanggar undang-undang dan cuba menerapkan hukum rimba di negara ini.
Hakikatnya, kecederaan yang beliau alami petang ini adalah terlalu kecil kalau hendak dibandingkan dengan kerugian berjuta ringgit yang dialami oleh golongan peniaga di ibu negara hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan malam tadi kepada media.
Tambahnya, cedera itu juga lakonannya seperti yang rakyat saksikan dia `menghunuskan senjatanya’ terhadap pelacur China Doll yang dilangganinya beberapa bulan lalu.
“Ternyata Anwar adalah seorang kuda tua tunggangan DAP dan sepatutnya dia insaf dan sedar bahawa umur sudah tidak menyebelahinya. Berehat lah Anwar, jagalah anak cucu di rumah,” tambahnya yang juga bekas Ketua AMK Negeri Selangor


8:51 AM
Janganlah doakan yang bukan bukan bro. UMA mahu dia sihat untuk berhadapan dengan pembelaan 13 Julai nanti.