Keyakinan Pengundi Terhadap BN Di Lembah Pantai Semakin Positif

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Ir. Mohd Ikhsan Samsudin berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, UMNO bahagian tersebut telah mula mengatur strategi mengenal pasti punca kekalahan di kerusi tersebut.

Kini jelas beliau setelah tiga tahun berlalu, segala kelemahan yang dikenal pasti, sebahagian besar telah dapat di atasi dengan baik.

Katanya, sebahagian daripada penyelesaiannya adalah menjalinkan hubungan yang baik di antara penduduk dan pemimpin di mana penduduk setempat mempunyai ekses mudah ke pejabat UMNO Bahagian pada bila-bila masa.

“Penduduk boleh datang ke pejabat UMNO Bahagian tanpa ada sekatan. Sebarang masalah boleh terus disalurkan tanpa orang tengah dan kita seboleh mungkin akan cuba mengatasinya dengan segera.

“Apa yang terjadi pada PRU lalu, telah kita jadikan iktibar dan kita sedang berusaha keras agar kerusi Parlimen Lembah Pantai kembali semula ke Barisan Nasional (BN). Untuk memastikan ianya menjadi kenyataan, kita tidak pernah berhenti berusaha keras untuk memenangi kembali jiwa penduduk setempat,” ujarnya.

Katanya lagi penduduk di kawasan Lembah Pantai amat beruntung kerana Ketua UMNO Bahagian ini adalah Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.

Oleh yang demikian jelas beliau banyak perancanganpembangunan di kawasan ini telah dirancang demi masa depan penduduk.

Namun katanya disebabkan kawasan ini dikuasai PKR, terdapat sedikit kekangan untuk melaksanakan beberapa projek.

“Tetapi itu semua tidak menjadi halangan untuk kita terus berkhidmat dan membela nasib rakyat. Contohnya, satu usaha untuk memindahkan penduduk di rumah pangsa empat tingkat di kawasan ini ke kawasan yang lebih selesa tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual kerana segelintir penduduk tidak mahu berpindah. Mereka ini terpengaruh dengan fitnah pembangkang dan enggan berpindah walaupun pampasan dibayar.

“Hanya kerana sebilangan kecil yang tidak bersetuju, orang lain terpaksa menerima akibatnya dan pembangunan tidak dapat dilaksanakan. Kita akan tetap berusaha mendekati mereka ini dan memahamkan mereka tentang perjuangan parti. Ianya ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan tumpah. Saya yakin kita mampu melakukannya,” terang Ikhsan.

Ketika ditanya perkembangan gerak kerja pilihan raya, beliau menjelaskan, setakat ini penduduk setempat memberikanreaksi yang cukup positif.

Katanya, setelah melalui tempoh tiga tahun dikuasai PKR, penduduk mula sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan.

“Banyak maklum balas yang kita dapat daripada penduduk. Mereka kembali yakin bahawa hanya UMNO dan BN yang mampu mentadbir dan membela nasib rakyat. Saya amat berharap, maklum balas positif ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi pada PRU akan datang.

“Selain itu, saya juga amat berharap agar pucuk pimpinan akan meletakkan calon yang benar-benar sesuai kerana ini juga memainkan peranan penting dalam usaha kita memenangi hati rakyat. Calon yang dipilih haruslah menjuarai hati rakyat. Calon yang sesuai ditambah dengan gerak kerja yang baik akan menjadikan kita kuat dan mampu untuk merampas kembali kerusi di Lembah Pantai ini,” katanya. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment