Siapa Mat Indera Telah Dirungkai, Apa Lagi Rencana Mat Sabu Selepas Nie?

YAB Menteri Besar Johor tentang siapa sebenarnya Mat Indera, kenyataan MB yang merumuskan bahawa Mat Indera adalah petualang bukan pejuang, beliau akhirnya memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan menyerang Bukit Kepong.

Oleh itu, bukti yang dijaja oleh Mat Sabu mengenai pandangan seorang penulis Ismail Adnan dalam buku 'Pengukir Nama Johor' adalah bukti lemah kerana kajian yang dibuat tidak tepat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Mat Sabu sebaiknya berdebat dengan KJ  (YB Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia) sebab itu cabaran Kerajaan Kelantan sejak peringkat awalnya atau lebih elok dengan pakar-pakar sejarah tanah air seperti Prof Dato Dr Ramlah Adam atau Prof Khoo Kay Kim bukan berdebat dengan TPM (Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin).

"Jika ada pakar sejarah yg ingin berdebat dgn Mat Sabu, saya akan memberi sokongan..kalau tak debat pun mungkin berdiskusi umum atau berforum terbuka.

Pimpinan Pas memang suka berdebat sebab mereka tak ada kerja lain selain berceramah hari ini, esok, lusa, minggu ini, minggu depan..itulah kepakaran mereka..sedangkan kepakaran pimpinan Kerajaan di bawah Perdana Menteri sekarang ialah berkhidmat untuk rakyat pagi petang siang malam subuh senja, bukan sekadar berceramah macam pimpinan pembangkang pagi petang siang malam subuh senja walau tiada tauliah atau tiada permit," ujarnya.

Oleh tu Mat Sabu perlu sahut cabaran KJ dan ditambah ruang debatnya dengan mana-mana pakar sejarah yang sanggup berdebat dengan beliau.

Sejarah tidak berbohong, cuma tafsiran yang dangkal kadang-kadang membahayakan. Oleh itu pakar sejarah wajar diberikan peluang untuk membuat penjelasan.

"Pimpinan UMNO dan BN akan meneruskan kerja kami iaitu mendahulukan rakyat terbanyak dan mengenepikan Mat Sabu dan konco-konconya.

Kami akan terus menjuarai dalam pelbagai program seperti keagamaan, kebajikan, pendidikan, kerohanian, ekonomi, sukan, perpaduan dan hal ehwal antarabangsa," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pontian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment