Banyak Kepincangan Dalam PBT Di Selangor- Wong Koon Mun

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu, Wong Kun Moon berkata, fungsi utama PBT ialah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan perbandaran bagi kesejahteraan, kebajikan dan kualiti hidup rakyat yang baik di kawasan pentadbiran mereka.

Manakala dalam konteks perkhidmatan awam, good governance ialah ‘pengurusan yang profesional dan mempunyai akauntabiliti. Dalam ertikata yang lain perkhidmatan awam yang boleh menyelanggarakan, peraturan-peraturan, mengekalkan standard dan daya saing bagi memastikan akauntabiliti dari segi kewangan dan pentadbiran ia sangat penting untuk mendapatkan keyakinan sektor swasta.

“Banyak kepincangan serta salah urus tadbir berlaku di Selangor sejak diperintah oleh pakatan pembangkang sehingga menyebabkan hak serta kebajikan rakyat di negeri itu terabai. Isu-isu yang melingkari PBT-PBT di Selangor menyebabkan PBT dilihat tidak fokus dengan asas dan fungsi penubuhannya. Bahkan sesetengah isu gagal ditangani dengan berkesan dan mencalar kredibiliti mereka sebagai penyedia perkhidmatan perbandaran yang berwibawa.

Penyata kewangan kerajaan negeri dan pengurusan kewangan jabatan/ agensi Selangor 2010 jelas menunjukkan tadbir urus kerajaan negeri Selangor gagal terutama di pihak berkuasa Tempatan (PBT). Tiada hala tuju yang jelas, banyak pembaziran dan kebajikan rakyat terabai,” ujarnya dalam membahaskan Bajet 2012 petang tadi.

Tambahnya, akibat ketidakcekapan dan tidak tahu mengurus tadbir juga, berdasarkan pencapaian dalam pembangunan RMKe-9 bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2010, hanya sebanyak 1,108 (77.1%) daripada 1,437 projek yang diluluskan telah siap dan sedang dilaksanakan. Ini bermakna sebanyak 329 projek belum dilaksanakan.

“Saya ingin mengetahui mengapa dan apakah masalah yang menyebabkan sebanyak 329 projek (yang telah diluluskan) masih belum dilaksanakan mengikut tempoh yang diberikan? Bilakah sebanyak 329 projek yang belum dilaksanakan boleh dimulakan dan dapat disiapkan?,” tambahnya.

Tambanhnya, laporan Ketua Audit Negara bagi tahun2010 telah membuktikan bagaimana cekapnya Pejabat Menteri Besar menggunakan kuasanya mengarahkan 2 billboard hak milik Majlis Daerah Hulu Selangor yang sepatutnya di pasang dengan iklan tentang pelancongan tetapi sebaliknya digunakan untuk mempromosi Tabung Warisan Anak-anak Selangor (Tawas) dan kempen Air Percuma.

Kedua-dua iklan tersebut di pasang di Mini Stadium, Kuala Kubu Bharu dan di laluan Pekan Rasa ke Kuala Kubu Bharu. Inikah yang dikatakan tadbir urus kerajaan negeri Selangor lebih bersih berbanding dari kerajaan negeri yang ditadbir oleh kerajaan BN.

“Kepimpinan Tan Sri Khalid selaku ketua pentadbir di negeri Selangor umpama guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Kepimpinan seperti inikah yang perlu dicontohi oleh rakyat?

Kadar sewa rumah PPR di Selangor juga naik dan tiada sekata. Sistem pembayaran cukai tanah yang tidak jelas dan mengelirukan juga membuktikan bahawa tadbir urus kerajaan negeri Selangor caca marba dan tidak diurus dengan baik. Sistem pembayaran cukai tanah di Selangor tidak jelas dan mengelirukan, selagi tidak selesai bayar maka geran tidak akan diberikan,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, polemik pilihanraya PBT juga bagai kambing menanduk bukit, tanduk patah bukit tak runtuh (pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian). Ianya dilihat membazirkan sumber dan menghilangkan fokus terhadap perkara-perkara yang lebih penting. Pilihnraya PBT akan lebih berpolitikkan PBT daripada menunaikan core businessnya iaitu menjaga kesejahteraan, kualiti hidup dan kemajuan penduduk Bandar.

Ia juga akan meningkatkan perbelanjaan dan wang rakyat akan dibazirkan begitu sahaja. Ianya lebih elok jika disalurkan untuk projek dan program kesejahteraan rakyat. Akibat kegelojohan dalam menentukan calon-calon ahli majlis ada ahli majlis di Ampang Jaya yang dilantik tetapi mempunyai rekod jenayah samun dan kongsi gelap. Ahli majlis yang dilantik pula sibuk melobi kerja-kerja kontrak sehinggakan ada ahli majlis menggunakan kepala surat EXCO Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan tender.

“Kerajaan Negeri sanggup meluluskan peruntukan RM600,00.00 dari kantung Kerajaan Negeri untuk membiayai kempen politik mereka bagi menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penyalahgunaan wang rakyat oleh Kerajaan negeri Selangor dengan membelanjakan RM600,00 untuk membina papan iklan bagi menjayakan kempen memansuhkan ISA di semua 56 kawasan DUN di negeri Selangor dan memenuhi kepentingan parti tertentu.

Penyalahgunaan kuasa ini dilakukan oleh sebuah kerajaan yang diterajui oleh sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan intergriti, ketelusan dan keadilan untuk rakyatnya. Hakikatnya peruntukan itu boleh digunakan untuk membantu dan membela rakyat terutamanya melaksanakan banyak janji yang belum ditunaikan seperti yang dilaungkan pada pilihanraya umum yang lalu.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment