EXCO Dicabar Turun Padang Siasat Percambahan Pusat-pusat Hiburan Di Semenyih- ADUN Semenyih

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz mencabar Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri, Ronnie Liu menyiasat sendiri lambakan pusat snuker dan hiburan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Cabaran itu dibuat ekoran pertambahan operasi pusat snuker dan hiburan berbentuk karaoke dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan seolah-olah tiada sebarang pemeriksaan dan pemantauan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

"Sebagai contoh, di Kampung Melayu Sentosa, Semenyih, ada sebuah pusat karaoke yang dibuka di gerai yang dikawal selia MPK telah merisaukan masyarakat terutama ibu bapa apabila ramai remaja mengunjungi pusat itu yang beroperasi lebih masa.

"Saya sendiri telah membuat laporan kepada pihak MPkj tetapi tiada sebarang tindakan diambil," katanya ketika sesi pertanyaan mulut mengenai isu tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Tambahnya, paling membimbangkan ialah pertambahan pusat-pusat sedemikian dikatakan ada antaranya dijadikan pusat judi sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk setempat apabila ramai anak muda mengunjungi tempat berkenaan.

Sementara itu, Ronnie ketika menjawab soalan tersebut menafikan wujudnya lambakan pusat snuker dan di kawasan Semenyih. Sebaliknya, beliau menyatakan hanya terdapat empat buah pusat hiburan di kawasan DUN berkenaan yang mana satu daripadanya ialah pusat hiburan keluarga, pusat karaoke (1 buah) dan dua buah pub.

"Jabatan Penguatkuasaan MPK sentiasa membuat pemeriksaan serta tindakan undang-undang dan untuk rekod dari Januari hingga Oktober 2011, sebanyak lima pusat snuker telah dibanci dan tiga daripadanya tiada lesen," katanya.

Bagaimanapun, Johan ketika ditemui di luar dewan menyangkal angka pusat hiburan yang dikemukakan oleh Ronnie itu berjumlah empat buah di kawasan DUN Semenyih.

Beliau mendakwa, berdasarkan pemantau yang dibuat sebanyak 18 buah pusat hiburan dikenalpasti telah wujud di kawasan DUN berkenaan yang Johan semasa ditemui di lobi dewan menambah, berdasarkan pemantauannya, terdapat kira-kira 18 pusat hiburan di kawasan Semenyih yang tidak diketahui status lesennya sehingga ke hari ini.

Malah, beliau sebelum ini telah mengadakan ialog dengan pihak polis mengenai perkara itu bagaimanapun, pihak berkuasa itu tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment