Majlis Belia Selangor (MBS) kecewa dan membuat dan bantahan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam kerakusan mereka mahu membangunkan sebuah projek pembangunan bercampur bersama syarikat Melati Ehsan Holdings Berhad di tapak Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya.


Timbalan Presidennya, Badrul Hisham Badrudin berkata, Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya yang berusia 30 tahun ini merupakan satu-satunya tempat bersukan dan riadah yang mempunyai sebuah padang, 6 buah lapangan tenis dan rumah kelab bagi masyarakat yang tinggal di sekitar Petaling Jaya,Kelana Jaya dan Subang.


“Tempat ini juga digunakan kerap kali untuk latihan skuad bola sepak negeri, pertandingan bola sepak untuk persatuan,kelab, sekolah, pertandingan memanah, rugby, kriket, sukaneka dan lain-lain acara riadah. Sudah pasti dengan ketiadaan tempat awam untuk bersukan dan riadah akan wujud kesan sampingan dan negative kepada pembangunan sukan dan sosial.

Cadangan pembangunan ini juga telah mendapat reaksi negatif dan tentangan daripada masyarakat setempat khususnya persatuan penduduk Kelana Jaya, persatuan sukan dan NGO. PKNS seharusnya lebih peka dan perihatin dengan pandangan masyarakat dan kesan sosio di Kelana Jaya,” ujarnya selepas mengadakan demostrasi aman tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan pendengaran awam di Ibu Pejabat MBPJ, semalam.

Tambahnya, sudah pasti kesesakan di sekitar kawasan perumahan akan berlaku dan penambahan kesesakan jalanraya di Lebuhraya LDP. MBS berpendapat masih banyak lagi tanah-tanah PKNS di lokasi lain yang lebih sesuai untuk pembangunan baru. Dan setiap pembangunan itu wajib dibuat padang bola dan tempat rekreasi untuk masyarakat.

Laporan mengatakan projek ini bernilai RM1.62bln dan PKNS akan mengaut keuntungan sebanyak RM384mln atau 70% keuntungan sebelum cukai daripada penjualan pembangunan. Keuntungan ini dikatakan akan digunakan untuk mengukuhkan kewangan PKNS yang goyah. Pembangunan ini juga dikatakan menyimpang daripada garispanduan MBPJ dari segi notis pembangunan kepada penduduk dan struktur bangunan yang melebihi 35 tingkat.

“Terbukti Kerajaan negeri yang selama ini melaung tema menjaga kehijauan dan kebajikan belia hanya beromong kosong. Pengerusi PKNS YAB Menteri Besar merangkap Pengerusi Ekonomi negeri, Belia dan Sukan sepatutnya prihatin dan menyahut kemahuan rakyat bukan menyusahkan dan mengenepikan rakyat semata-mata mahu mengaut keuntungan.

PKNS yang dulunya kukuh dari segi kewangan dan sentiasa mengutamakan rakyat, kini lemah dan menjadi seperti kerbau yang dicucuk hidungnya. Sehubungan dengan itu, MBS dan warga belia di Selangor menyaran supaya projek ini dihentikan serta merta demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat di Kelana Jaya khususnya dan golongan belia di Daerah Petaling amnya, ujarnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment