Seksualiti Songsang : Pas Lengkapkan Perjuangan Matlamat Menghalakan Cara

Pas hari ini dilihat sudah melengkapkan diri mereka menjadi sebuah parti matlamat menghalalkan cara apabila menikus berhubung program Seksualiti Songsang yang menimbulkan kemarahan umum.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata jika sebelum ini mereka sekadar menggadaikan prinsip perjuangan negara Islam kepada DAP, hari ini Pas seolah-olah melutut kepada Ambiga iaitu pemimpin idola mereka yang menganjurkan perhimpunan BERSIH pada satu ketika dahulu.

Menurut beliau apa pun jawapan dan putar belit yang cuba dimanipulasi oleh pemimpin Pas, sudah terang lagi bersuluh mereka secara terang-terangan menyokong kepimpinan Ambiga yang pada satu ketika Pas menjadi pengikut tegar pada perhimpunan BERSIH.

“Mungkin Pas terhutang pada Ambiga perhimpunan dahulu…maka atas dasar itu Pas terpaksa mendiamkan diri apabila pemimpin idola mereka itu memperjuangkan seks songsang hari ini.

“Demi kuasa politik Pas sanggup gadaikan semua perjuangan sebelum ini dan hari ini ianya amat mengejutkan apabila mereka sanggup membiarkan gejala yang tidak bermoral berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula kelmarin hingga 13 November ini anjuran kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang cuba mempromosikan budaya seks songsang.

Beberapa pihak turut mempersoalkan penglibatan Datuk S. Ambiga dalam penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bagi mempromosikan seks bebas yang disifatkan sebagai sesuatu yang pelik dan menghairankan.

Lokman seterusnya berharap rakyat dapat membuka mata dengan seluas-luasnya dan melihat topeng pembohongan Pas yang kononnya konsisten memperjuangkan Islam dan kepentingan ummah.

Tegas beliau jika Pas bersikap sedemikian, hari ini Ambiga dan kuncu-kuncunya sudah pasti akan menerima tekanan termasuk demonstrasi daripada hulubalang Pas yang sebelum ini begitu lantang dan kononnya kental demi Islam.

“Saya amat berharap rakyat melihat perkara ini dan jangan biarkan mereka terus diperbodohkan oleh kepimpinan Pas yang jelas tidak berpendirian dan amalkan konsep matlamat menghalalkan cara,” katanya. -MediaUMNO

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment