Pemuda BN Sawarak Mengutuk Sekeras-kerasnya Penganjur Kempen “Bebas Anwar 901”



Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak mengutuk sekeras-kerasnya penganjur kempen "Bebas Anwar 901" sempena keputusan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan ini.

Ketuanya Datuk Fadillah Yusof berkata kempen itu menggambarkan mereka yang bersimpati dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak menghormati undang-undang negara dan meletakkan kepentingan individu lebih daripada kemakmuran rakyat dan negara. 

Beliau berkata penganjur itu juga mahu memburuk-burukkan imej Negara sekaligus memberi gambaran negatif kepada pelancong dan pelabur tentang Malaysia.

Katanya penganjur berkenaan juga jelas mempermain dan mempersendakan serta cuba melengah-lengahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kes liwat itu pada 9 Jan ini.

Dalam pada itu Fadillah menasihati rakyat Sarawak yang berada di ibu Negara ataupun di mana-mana sahaja agar mereka tidak terjebak dan terbabit dalam perhimpunan yang tidak memberi faedah kepada negara.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment