KDN Dah Bertindak Terhadap Akhbar The Star


Nie lah sebahagian pic Erykah Badu yang disiarkan The Star hari nie .....


Kenyataan Media

DATO’ LEE CHEE LEONG
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
KEMENTERIAN DALAM NEGERI


KDN PANGGIL THE STAR MINTA PENJELASAN MENGENAI PENYIARAN GAMBAR PENYANYI BERTATU KALIMAH ALLAH

27 FEBRUARI 2012 (ISNIN)



1.    Kementerian Dalam Negeri (KDN) petang ini (27.2.2012) telah memanggil Chief News Editor, Managing Editor dan Senior Editor akhbar The Star untuk meminta penjelasan mengenai tindakan akhbar tersebut menyiarkan gambar penyanyi bertatu kalimah Allah dalam keluarannya pada 27.2.2012.

2.    Seterusnya Surat Tunjuk Sebab meminta penjelasan bertulis dalam masa seminggu akan dikeluarkan kepada akhbar tersebut. Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan.


Sahabat-Gunung: Khabarnya Akhbar The Star telah memohon maaf di atas keterlanjuran mereka menerbitkan pic tersebut.....  namun apa yang aku harapkan, bukan sahaja akhbar The Star tetapi pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu menduga kesabaran umat Islam agar fikir dua kali sebelum membuat tindakan-tindakan yang boleh mengugat ketenteraman awam...... 

Dalam masa yang sama, aku respect dengan sikap dan tindakan segera akhbar The Star yang memohon maaf di atas penyiaran pic tersebut. Semoga kejadian sebegini tidak terjadi di kemudian hari........
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

Post a Comment