Laungan Demokrasi PKR Sekadar Retorik


Sikap Hipokrasi PKR : Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid serta wakil NGO menunggu di pintu pejabt PKR untuk menyerahkan memorandum mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Anwar yang menghalalkan kezaliman Israel namun pihak PKR menunjukkan sikap hipokrasi dengan tidak menghantar wakil untuk menerima memorandum tersebut.24 Feb 2012. -Foto:MediaUMNO

Laungan PKR yang kononnya sebuah parti berpaksikan demokrasi hari ini rupa-rupanya sekadar retorik dan penuh kepura-puraan setelah tidak ada langsung wakil daripada pejabat parti berkenaan di Tropicana untuk menerima memorandum bantahan berhubung kenyataan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Hampir 15 minit wakil Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diwakili Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid menunggu di pintu utama pejabat berkenaan untuk menyerahkan memorandum tersebut, namun tidak ada sesiapa yang muncul dan akhinya memorandum tersebut diletakkan di dalam peti surat.
Terdahulu sebelum itu, rakyat yang berbilang bangsa dan agama berarak dan berhimpun seketika di depan pejabat PKR dengan melaung-laungkan pelbagai slogan antaranya, ‘Hancur Anwar’, ‘Hancur Israel’, ‘Hidup Palestin’ serta kain rentang yang mengutuk tindakan Anwar dalam isu berkenaan.
Setiausaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz pada sidang medianya berkata pihaknya kecewa dan kesal dengan pihak pejabat PKR yang langsung tidak menghantar wakil untuk menerima memorandum tersebut.
“Kita datang dengan niat baik dan bukanya ada apa-apa pun…. Kita sekadar mahu menyerahkan memorandum bantahan berhubung kenyataan Anwar di dalam WSJ yang secara terang-terangan menyokong Israel.
“Apakah ini sebuah parti yang kononnya berkhidmat untuk rakyat sedagkan kerani pun tidak ada untuk terima memorandum berkenaan. Harap Anwar sedar dan faham dan kami harap sangat kawan-kawan yang sekongkol dengan mereka terutama Pas fikir kembali sandiwara PKR memperkudakan mereka. Hari ini Anwar terang-terangan menyokong Israel yang terang-terangan membunuh rakyat Palestin,” katanya.
Turut serta dalam penyerahan memorandum itu wakil Pemuda MCA, MIC dan Pemuda parti komponen yang lain teramsuk wakil-wakil NGO dan rakyat yang marah dengan tindak-tanduk Ketua Pembangkang tersebut.

Antara isi kandungan memorandum tersebut.
Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) Islam dan Melayu, serta seluruh umat Islam danrakyat Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengiktiraf negara haram Israel serta menghalalkan apa jua kezaliman dan keganasan rejim Israel ke atas rakyat Palestin atas alasan keselamatan, sebagaimana kenyataannya kepada akhbar The Wall Street Journal.
Kami berasa amat marah dengan tindak tanduk beliau yang penuh bermuka-muka dengan melabel diri sendiri sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama bersekongkol dan menyokong rejim Israel laknatullah yang membunuh dan menindas rakyat Palestin.
Sedarkah Anwar bahawa ribuan nyawa Palestin telah terkorban semenjak puluhan tahun penjajahan Israel? Sedarkah Anwar bahawa ramai rakyat Palestin terpenjara, tersekat dan terkongkong dek kerana pembinaan tembok tinggi oleh Israel? Sedarkah Anwar akan penderitaan dan kesengsaraan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kebuluran, miskin melarat akibat sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas mereka oleh Israel?  Apakah yang mengaburkan mata Anwar dari menyedari bahawa kesemua itu dilakukan oleh Israel atas alasan keselamatan negara? Apakah yang menjadi percaturan Anwar sehingga tergamak menjadi hero bagi Israel dan menghina perjuangan membela Palestin?
Kami nak tegaskan inilah rupa dan sifat Anwar yang sebenar. Pemimpin munafik lidah bercabang yang hanya bermodalkan lakonan dan tipu daya. Rakyat Malaysia menolak temberang dan auta beliau. Kami yakin rakyat Malaysia sedar bahawa inilah sifat sebenar Anwar yang pro-Israel dan menghalalkan segala kezaliman ke atas rakyat Palestin.

Tarikh: 24 Februari 2012

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment