Timbalan
Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik
semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat
yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak
dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.
Bagaimanapun,
katanya, jika pimpinan PAS Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco,
beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan
pendapatnya diambil kira.
Beliau
yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS
negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi
Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau
perlu "keluar".
"Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak
perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu.
Sebagai
kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk
kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat
itu perlu dihormati.
"Perbezaan
pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu,
dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar.
Tindakan
seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi
lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.
~
* ~
Sahabat-Gunung: Tindakannya untuk tidak memegang
jawatan EXCO bukan kerana nak organisasi (kerajaan negeri) lebih tenang
sebaliknya memudahkan gerak kerja menjatuhkan Datuk
Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Perak….
0 Komen