Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Selangor akan mengambil langkah tertentu bagi membantah tindakan Speaker DUN
Datuk Teng Chang Khim menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada persidangan
Dun itu semalam.
Mereka menyifatkan tindakan Teng
yang menggesa anggota exco kerajaan negeri agar membahaskan kejayaan empat
tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor sebagai berat sebelah dan
tidak profesional.
Ketua Penerangan UMNO Selangor Abdul Shukor Idrus berkata antara
tindakan yang difikirkan ialah menghantar memorandum kepada Sultan Selangor
bagi membantah tindakan itu.
BN merupakan pembangkang dalam DUN Selangor.
Semalam, enam anggota DUN dari BN bertindak keluar dewan kerana
membantah SMS itu dengan menyifatkannya sebagai berat sebelah oleh Speaker
berkenaan.
Teng ketika mengulas perkara itu semalam menjelaskan bahawa beliau
secara tidak sengaja menghantar SMS itu kepada anggota DUN Bebas Datuk Dr Hasan
Ali kerana nama beliau masih diletakkan sebagai exco dalam telefon Teng.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Program
Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara
(KKUUiTM) di sini hari ini, Abdul Shukor, Adun Kuang, berkata sebagai Speaker
Teng harus bebas, adil dan bertanggungjawab dalam mengendalikan sidang DUN.
11:41 PM
Gua rasa selama ini dia mmg gunakan saluran itu...
Seperti yg kita ketahui PR ni mmg tidak pernah telus. Semuanya sandiwara belaka. Apa sekalipun yg mereka lakukan tidak akan tidak ada sesuatu agenda yg tersembunyi.
Itu yg telah mereka lakukan, kita mmg menghidu segala perbuatan mereka.Segala perkara yg mereka tundingkan kepada BN itulah yg sebenarnya mereka lakukan.
Mereka akan bermati-matian menabur fitnah serta dakyah terhadap pemimpin BN, tetapi hakikat yg sebenar tujuan mereka untuk mengelabui mata rakyat bahawa perbuatan tersebut yg sebenarnya adalah perbuatan mereka.
Inilah Pakatan Rakyat, Pakatan yg melakukan kerosakkan tidak kira terhadap Negeri,Negara dan Rakyat marhaien sendiri.
Bagi yg celik mata dan akal fikiran yg waras sudah pasti parti ini adalah parti sampah masyarakat, tetapi tidak kepada mereka yang sememangnya rosak akhlaknya. Percaya atau tidak mmg ramai yg rosak pun. Kalau tidak, takkan ada yg sanggup berguling-guling atas jalan.
3:09 PM
Salam,
saya pun terpanggil untuk menilai ketelusan umno dalam memerintah negara
1. Mengapa perlu ada double standard dalam pengagihan peruntukan negara terhadap negeri pemerintahan pr, mereka bukan org lain, kiblat yg sama, shahadah yg sama tuhan yg sama .
2. Mudah menyatakan kesalahan org lain didalam media umno tetapi tidak memanggil pihak yg dituduh untuk menjawab didalam media yang sama , bagi saya umno memang pondan.
Bagi saya kembalilah renunglah diri sendiri, jangan menagata org lain kita semua manusia ada salah dan silap , yg salah kita maafkan dan betulkan bukan kita war warkan ...
salam dari pejuang..