PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia,
Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program
geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari
ini.
Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri
Selangor November lepas adalah ‘wayang’ semata-mata.
Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet
berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan
sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan
mengemukakan bajet tambahan.
Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam
keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).
Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu
rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama
digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan
Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.
Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan
Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri
Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid
mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.
Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari
lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan
Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac
tau, mana wang itu sudah pergi?
Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu
tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat
tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut.
Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu
kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri
sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu,
bukan setakat Exco sahaja.
Lagipun dalam Exco semua ‘yes’ man. Tiada bantahan walaupun ada
yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.
Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada
Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran
Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk
menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?
Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka
adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula
dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus
dan terbuka?
Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat
durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak
RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan
Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun
simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam
sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.
Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk
tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan
kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.
Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap
sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.
Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab
Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyat
tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco
tapi wang rakyat.
Jadi Khalid, kami menanti
jawapanmu.
7:38 PM
Dah habis dah, aku dah habiskan geran selangorku. Aku kan MB,, suka akulah nak buat apa dgn geran nie.
Buat BN, jangan sibok-sibok yea tanya geran tu