Rakyat Perlu Tolak Pemimpin Yang Berkiblatkan Zionis


“Adakah kita masih mahu menabalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang biarpun telah banyak bukti didedahkan berkaitan hubungan langsung beliau dengan pihak luar termasuklah Zionis?” soal Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Seri Abdul Aziz Rahim.

Jelasnya, tidak perlu rakyat bercakap tentang soal moral dan peribadinya tetapi cukuplah memikirkan bagaimana seorang pemimpin mahu mencorakkan negaranya apabila diberi mandat sekiranya ditaja oleh pihak tertentu.

“Saya memahami kemungkinan besar pembangkang khususnya Anwar Ibrahim mencari dan menerima sokongan dari luar bagi mendapatkan dana atau sumber kewangan yang akan membiayai mereka dalam berdepan dengan Pilhan Raya Umum (PRU) dan menjatuhkan kerajaan yang telah menjadi model dunia Islam hari ini,” katanya.

Terang beliau, sekiranya benar perkara tersebut berlaku maka ia adalah satu kesalahan besar termasuk dari sudut perundangan dan sewajarnya kerajaan perlu perhalusinya dan mengumpulkan bukti bagaimana saluran dana politik pakatan pembangkang ini.

“Dari sudut undang-undang ini adalah satu kesalahan sekiranya seseorang itu mendapatkan bantuan dari luar untuk kepentingan politik domestik apatah lagi telah jelas bahawa sememangnya ketua pembangkang ini mempunyai hubungan dengan pihak luar dan pendedahan juga dilakukan oleh orang yang pernah menjadi kepercayaannya.”


Minggu lalu, Zulkifli Nordin yang pernah menjadi peguam peribadi Anwar mendedahkan penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang termasuk memberi input, khidmat nasihat, latihan dan kursus seperti untuk mengadakan demostrasi yang dihantar sehingga ke Viena dan Filipina selain diberikan RM15 ribu sebagai peruntukan untuk menjayakan kempen PRU ke-12 di bahagian Kulim Bandar Baharu sendiri.

“Kita sendiri telah lihat bagaimana hubungannya dengan badan kewangan dunia, kekerapan beliau berulang-alik antara Malaysia ke Amerika dan terbaru pula sokongannya ke atas kewujudan Israel yang secara langsung menjelaskan kepada kita siapakah sebenarnya pemimpin terbabit.”

Sehubungan itu beliau menggesa pihak bertanggungjawab untuk menyiasat dan meneliti semua bukti yang ada seterusnya membawanya kemuka pengadilan.

“Undang-undang adalah bila-bila masa saja yang tidak pernah mengenal kedudukan atau masa yang tepat kerana salah tetap salah dan jangan pula nanti sekiranya ada penyiasatan dilakukan maka akan dikaitkan pula kononnya kerajaan takut untuk berdepan dengan Anwar kerana PRU sudah dekat. Itu semua tidak menjadi soal kerana pengkhianat negara wajar dihukum.”

Tambahnya lagi, rakyat semestinya dapat membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya orang yang ditaja menjadi pemimpin terutamanya yang mempunyai unsur-unsur Zionis.

“Maka jawabnya, Anwar terpaksa bertanggungjawab kepada pihak yang menaja dan tentunya dasar-dasar yang akan wujud adalah yang mempunyai kecenderungan kepada pihak terbabit.”

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat agar tidak terpedaya sebaliknya berwaspada dengan tindak-tanduk sedemikian yang akan memberi kesan besar kepada agama, bangsa dan negara. - MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment