Sumber: Ocean 13
Kerajaan Negeri tidak akan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh
boros menggunakan peruntukan kerajaan untuk mengubahsuai pejabatnya ketika
menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan
hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan.
Bagaimanapun menurut beliau, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai
berkenaan tinggi atau rendah.
“Saya rasa tidak ada sebab (ambil tindakan terhadap) perbelanjaan
itu kerana mengikut tatacara Perbendaharaan. Kalau saudara tengok, boleh jadi
dia (Azmin Ali) hendak banding pejabat Menteri Besar yang tidak diubahsuai
(pejabat), tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru,” kata beliau kepada
pemberita di sini.
Semasa perbahasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit
Antarabangsa, Azmin Ali mendedahkan tiga rahsia membabitkan Hasan ketika Adun
Gombak Setia itu menjadi Exco Selangor.
Azmin berkata, Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih
pejabat Exco membabitkan kos RM300,000 sedangkan Tan Sri Abdul Khalid selaku
Menteri Besar tidak berbuat demikian.
Selain itu, Azmin juga mempersoalkan tindakan Hasan melaksanakan
program Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang
disifatkan sebagai satu pembaziran kerana membabitkan perbelanjaan RM546,920
untuk satu majlis sahaja.
Hasan juga didakwa suburkan pemberian tender secara terus walaupun
cuba dikekang Abdul Khalid.
Bagaimanapun beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN)
mempertikaikan dakwaan Azmin berhubung salah guna peruntukan kewangan oleh
Hasan, yang kini bertindak sebagai Adun Bebas, ketika memegang jawatan sebagai
Exco Kerajaan Negeri. Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer), Yap Ee Wah
(BN-Sungai Pelek) dan Sulaiman Razak (BN-Permatang) yang tidak berpuas hati
dengan dakwaan berkenaan, bangun mencelah ketika Azmin berbahas.
Azmin ketika memberikan penjelasan kepada ketiga-tiga Adun dan
Dewan berasa hairan kenapa BN beria-ria mempertahankan bekas Pesuruhjaya Pas
Selangor yang tidak hadir pada sidang Dun sebelum ini. Hasan dipecat oleh Pas
awal Januari lalu dan disusuli dengan pengguguran beliau dari barisan Exco
Kerajaan Negeri.
Apa-apapun pendedahan sudah dibuat oleh Azmin akan kepincangan
kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh MB Khalid! Azmin ibarat meludah
kelangit, tetapi terpecik kemuka sendiri. Kerana marahkan nyamuk seekor,
terpaksa membakar sebuah kelambu? Yang menjadi mangsa adalah MB Khalid sendiri
kerana terpaksa mencuci 'najis' yang ditinggalkan oleh Azmin.
Apa yang tersurat disebalik tindakan Azmin membuka pekong kerajaan
Pakatan Rakyat Selangor! Adakah impian Azmin untuk menjadi Menteri Besar
tercapai selepas ini? Wallahuallam
0 Komen