Kunjungan hormat delegasi Hamas yang diketuai oleh Osama Hamdan
selaku Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Hamas kepada Setiausaha Agung UMNO,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, petang semalam secara
tidak langsung telah menjawab tohmahan pembangkang selama ini.
Semalam, di Parlimen isu sokongan kepada Israel dibangkitkan dan
UMNO/Barisan Nasional (BN) telah dituduh tidak mengiktiraf perjuangan Hamas dan
gagal menjalin hubungan dengan pihak terbabit.
“UMNO sentiasa menyokong perjuangan Hamas dalam menentang
keganasan dan memastikan kemerdekaan rakyat Palestin dan tuduhan pembangkang
terhadap kerajaan sengaja diada-adakan bagi menimbulkan persepsi kononnya UMNO
dan BN tidak berbuat demikian,” jelas Tengku Adnan.
Dalam pertemuan tersebut, beliau telah meminta agar Hamas dan
Fatah dapat mengenepikan idealogi masing-masing dan bersatu dalam menentang
keganasan yang dilakukan oleh Israel.
“Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan
saudara-saudara Islam kami di Palestin dan berharap agar Hamas dan Fatah dapat
bersatu kerana apabila berpecah, pelbagai kekacauan boleh berlaku dan
anasir-anasir luar akan mudah mengambil kesempatan.
“Di Malaysia juga, kita percaya pada kesatuan dan ia diaplikasikan
dengan menyatukan pelbagai kaum, pelbagai etnik yang berbeza budaya dan agama bagi
memastikan keamanan negara terpelihara,” katanya.
Terang Tengku Adnan lagi, situasi politik tempatan turut dikaitkan
dengan keadaan di peringkat antarabangsa termasuklah hubungan dengan Hamas dan
manipulasi pembangkang terhadap Israel sendiri.
“Ketua pembangkang sendiri iaitu Anwar Ibrahim pernah bersama-sama
dalam UMNO dan tahu mengenai gerak kerja kita tetapi dia sendiri boleh
melemparkan tuduhan sedangkan kerajaan Malaysia sentiasa menolak keganasan dan
menyokong perjuangan rakyat Palestin,” katanya.
Timbalan Presiden PKR juga dilaporkan berkata bahawa keengganan
UMNO untuk mengiktiraf Hamas sekali gus menafikan suara dan aspirasi rakyat
Palestin, namun dengan kunjungan tersebut telah terbukti bahawa dakwaannya
adalah tidak benar.
Dalam ucapan balasnya, Osama memaklumkan rasa penghargaan terhadap
kerajaan Malaysia dan UMNO yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada rakyat
Palestin.
“Alhamdulillah, negara-negara Islam termasuklah Malaysia memberi
sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan ini secara tidak langsung
memberi kekuatan kepada kami,” katanya.
Turut serta dalam kunjungan hormat seramai enam orang ini adalah
Pengerusi Badan Kebudayaan Palestin di Malaysia, Mohamad Husin.
4:24 PM
Kita tunggu putar belit puak-puak ni
4:44 PM
Taktik Puak Pembangkang sama dgn Puak Yahudi!!
Sedara sa Pusat sa Pusing!!