Sembang Deras Tentang UMNO, Rupa-Rupanya PKR Yang Jadi Barua Zionis



Nak cakap apa lagi…

Memang sudah terbukti, PKR dan Anwar Ibrahim mendapat ‘ilmu’ daripada Zionis. Dan ‘ilmu’ mereka pula ialah untuk menggulingkan kerajaan yang sah dengan pelbagai huru-hara serta kekacauan. Cumanya mereka tidak mengangkat senjata, sebaliknya menanam kebencian di hati setiap rakyat Malaysia agar saling curiga-mencurigai sesama sendiri.

Suatu ketika dahulu, Anwar Ibrahim bukan main kuat lagi menentang APCO. Pelbagai fitnah dilakukannya. Dan apabila diminta menunjukkan bukti, Anwar Ibrahim gagal berbuat begitu di Parlimen, sungguhpun dalam setiap ceramahnya, dia membawa sekeping fail dan menyatakan dalam fail itu terdapat bukti-bukti yang dikatakannya.

Akhirnya, disebabkan dapat amaran daripada tuan besarnya di Tel Aviv, Anwar Ibrahim terpaksa melakukan ‘apologize road-tour’ di seluruh Amerika Syarikat, terutama setelah mengetahui namanya berada dalam ‘KILLING LIST’ Mossad, sebuah pertubuhan perisikan Zionis Israel yang terkenal. Mossad yang selama ini banyak membantunya dalam segala segi termasuklah dari segi kewangan, membuatkan Anwar ketar lutut dan terpaksa memohon keampunan daripada tuan-tuan besarnya kerana tersalah cakap.


Dari awal lagi, Anwar Ibrahim dan PKR dikaitkan dengan National Democratic Institute for International Affairs (NDI). Malah Timbalan Menteri MITI merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Mukhriz Mahathir pernah mempersoalkan hubungan Anwar Ibrahim dengan badan tersebut di Parlimen. Namun kebijaksanaan lidah Anwar Ibrahim, berjaya mengelakkan dia daripada menerangkan kaitannya dengan badan berkenaan, sebaliknya mengalihkan perhatian rakyat kepada isu APCO dan yang mutakhir, kapal dagang Israel yang berlabuh di perairan Malaysia.

Kaitan NDI dengan Zionis Israel cukup mudah untuk ditemui di Internet. Malah, paling jelas, hubungan NDI dengan Israel Democratic Institute (IDI).

Pendedahan terbaru tentang kaitan Anwar Ibrahim dengan badan Zionis merupakan sinambungan daripada kenyataan Anwar Ibrahim sendiri yang menjamin keselamatan serta kewujudan negara haram Zionis Israel. Ternyata, baik Anwar Ibrahim mahupun para pecacainya tidak dapat menjawab atau menangani isu tersebut dengan baik.

Dalam bahasa yang lebih mudah, mereka telah terperangkap dalam kebebalan Anwar Ibrahim yang bukannya tahu apa-apa kecuali menghafal skrip!

Perangai Anwar Ibrahim sememangnya mudah dijangka kalau kita meneliti pola tingkahlakunya. Untuk melindungi kejahatan dan dosa yang dilakukannya, Anwar Ibrahim akan segera menjadikan UMNO dan para pemimpin UMNO sebagai sasaran terutama sekali yang membabitkan Najib Abdul Razak.

Anwar tahu dan sangat bimbang apabila kematian bekas Pengerusi dan CEO DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad mula diperkatakan dan dicungkil semula. Untuk itu, Anwar Ibrahim memerlukan satu isu yang lebih menarik perhatian orang ramai. Maka bermulalah cerita tentang Altantuya Shiiribu yang menjadikan Najib Abdul Razak dan isterinya sebagai mangsa oleh Anwar. 

Anwar Ibrahim serta konco-konconya menjaja ke merata-rata tempat kononnya model yang berasal dari Mongolia itu telah dibunuh oleh Rosmah Mansor dan disaksikan sendiri oleh isteri Perdana Menteri meskipun bukti yang ada menunjukkan Rosmah Mansor berada bersama-sama sekumpulan anak yatim di sebuah hotel.

Untuk seketika, senyaplah cerita kematian Yahya Ahmad dan misteri kerosakan helikopter yang dinaiki oleh Allahyarham.

Anwar melakukan serangan kononnya ekonomi Malaysia tidak mengembang di bawah Najib Abdul Razak agar cerita dia dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, tidak dipersoalkan. Apatah lagi, ekonomi Selangor di bawah nasihatnya tidak berkembang sebagaimana yang dikatakannya menerusi retorik-retorik ekonomi yang dia sendiri tidak faham dan mengerti.

Begitu juga serangan tentang APCO dan segala yang berkaitan dengan Zionis. Anwar cuba melindungi hakikat bahawa dia sebenarnya adalah anak belaan Zionis Israel yang pada tahun 1997, pernah cuba menguasai negara ini menerusi serangan matawang dan struktur ekonomi negara dengan Anwar Ibrahim sendiri bertindak sebagai ‘pembuka pintu kota’ untuk musuh umat manusia sedunia itu.

Sebenarnya kalau hendak memperkatakan tentang Anwar Ibrahim, memang terlalu banyak. Seperti banyaknya rasuah yang dilakukan pada zaman dia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sehingga dia  berjaya mengumpulkan kelompok sokongan yang besar seperti Kamaruddin Jaafar di dalam PAS yang menjadi sangat kaya raya kerana projek-projek yang dianugerahkan kepadanya oleh Anwar Ibrahim.

Apa yang pasti ialah, di sebalik kecaman Anwar Ibrahim kepada UMNO, dia sendiri tidak mampu menjawab kenyataan bahawa dia adalah seorang balaci dan barua Zionis yang sangat tegar!


Tq: Selangor-Daily

Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment